Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BIC x Google Play Indie Fest Awards 2026 – Senarai Penuh Pemenang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2026
in Acara, Anugerah, Artikel, Berita
0 0
0
BIC x Google Play Indie Fest Awards 2026 – Senarai Penuh Pemenang
Share on FacebookShare on Twitter

Studio game indie Banjihagames Co., Ltd. dari Korea Selatan telah merangkul hadiah utama di anugerah BIC x Google Play Indie Fest Awards, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak 30 juta KRW (sekitar RM186+ ribu) menerusi judul game Preservation Division.

𝗕𝗜𝗖 × 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗣𝗹𝗮𝘆 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗲 𝗙𝗲𝘀𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱𝘀
🏆 최종 수상작 발표

관객 투표단의 온라인 투표와 전문 심사위원의 라이브 플레이 피칭 심사를 거쳐, BIC × Google Play 인디페스트 어워즈의 최종 수상작이 결정되었습니다. 영광의 주인공을 소개합니다!

Following online… pic.twitter.com/AKNssIA1R8

— BIC Festival 2026 (@BIC_Festival) August 15, 2026

Majlis anugerah berlangsung pada hari Sabtu lalu di pusat pameran BEXCO di Busan dan merupakan salah satu acara kemuncak Busan Indie Connect Festival 2026 (BIC 2026). Dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Penganjur BIC dan penaja eksekutif rasmi Google Play, acara ini menawarkan prize pool sebanyak 50 juta KRW (kira-kira RM143+ ribu).

Pertandingan ini bermula pada bulan Julai melalui pencalonan terbuka bagi judul PC dan mobile, di mana setiap penyertaan dinilai sepenuhnya berdasarkan keaslian reka bentuk dan kualiti gameplay. Pihak penganjur menyenarai pendek penyertaan kepada Top 20, sebelum diteruskan dengan pameran secara dalam talian dari 7 hingga 11 Ogos, di mana panel undian seramai 100 orang penonton memilih barisan finalis Top 10.

Pada 15 Ogos, 10 pembangun terbaik melangkah ke Pentas Utama BEXCO untuk sesi gameplay pitch secara langsung. Setiap studio memainkan game mereka secara live di hadapan para penonton sambil membentangkan perjalanan pembangunan dan mekanik utama game masing-masing.

Bagi memastikan keputusan yang adil dan seimbang, markah akhir digabungkan daripada:

  • 50% Panel Juri Pakar: Terdiri daripada lima tokoh industri, iaitu Kim Jeong-eun (CEO, Jam Jam Therapeutics), Cho Min-geun (CEO, Catsby Studio / Ketua di IGG Korea), Kim Hyun-woo (CTO, Indie Drive / Operasi IGG Korea), Gong Sol (PD, Bluehole / Pengarah di Korea Board Games Association), dan Ji Guk-hwan (CEO, Artifact).
  • 50% Undian Penonton di Lokasi: Markah undian secara langsung daripada 100 orang penonton yang dipilih lebih awal.

Pemenang dan Kedudukan Akhir

𝗕𝗜𝗖 × 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲 𝗣𝗹𝗮𝘆 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗲 𝗙𝗲𝘀𝘁 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗱𝘀@banjihagames @maestrolee_k @imgame_official @r3turntrue @studionemo_de @narrowdeepgames @KnivStudio_KR @Pepper_Stones @Newcore_Games pic.twitter.com/xq6XNveD8R

— BIC Festival 2026 (@BIC_Festival) August 15, 2026

Banjihagames berjaya merangkul gelaran juara menerusi Preservation Division setelah menerima pujian tinggi daripada barisan juri pakar mahupun penonton di lokasi.

Berikut adalah keputusan penuh dan agihan hadiah mengikut senarai rasmi:

  • Tempat Pertama: Preservation Division oleh Banjihagames Co., Ltd. — 30 juta KRW (~RM103,800)
  • Tempat Ke-2: PengPong oleh Sandy Floor — 12 juta KRW (~RM41,500)
  • Tempat Ke-3: Master of Piece oleh I M GAME — 8 juta KRW (~RM27,700)

Finalis Top 10 lain yang turut beraksi di pentas (mengikut susunan kedudukan rasmi ke-4 hingga ke-10):

  • Ke-4: Video Editor: Record, Edit, Upload! (R2turnTrue)
  • Ke-5: VOID DIVER: Escape from the Abyss (RED BRICK HOUSE)
  • Ke-6: Inquisitor Shepherd (Narrowdeep)
  • Ke-7: STARDUST: Wish of Witch (Kniv Studio)
  • Ke-8: HIPS N NOSES (Pepper Stones Co., Ltd.)
  • Ke-9: 7Trials (Newcore Games)
  • Ke-10: ReliCursed: Curse of the Pyramid (Team NHNF)

Walaupun acara fizikal di BEXCO telah pun melabuhkan tirai pada hujung minggu lalu, Festival Dalam Talian BIC 2026 masih boleh diakses di seluruh dunia sehingga 28 Ogos 2026. Para pemain dan pembangun game di Malaysia yang berminat untuk mencuba serta meneroka judul-judul yang dipamerkan boleh melayari platform rasmi festival di bicfest.org.

Tags: BICGoogle Play Indie Fest Awards 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2026 – Laman 30th Anniversary, Tiket Pingat Emas, Twitch Creator Lounge & Barisan Duta Baru

Next Post

BIC Festival 2026 – ‘GARBAGE COUNTRY’ Rangkul Grand Prix, ‘Yūrei’ Raih Rising Star

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
BIC Festival 2026 – ‘GARBAGE COUNTRY’ Rangkul Grand Prix, ‘Yūrei’ Raih Rising Star

BIC Festival 2026 - ‘GARBAGE COUNTRY’ Rangkul Grand Prix, ‘Yūrei’ Raih Rising Star

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd