Berita baik buat sesiapa yang main Marvel Tōkon: Fighting Souls di PC tetapi mengalami masalah lag atau micro-stutter yang teruk. Arc System Works telah melancarkan hotfix pantas bagi mengatasi pelbagai isu teknikal yang melanda game ini sejak ia dikeluarkan pada 6 Ogos lalu.
Kisahnya begini… Fighting game 4v4 tag-team ini melalui fasa pelancaran yang agak “perit” di PC. Walaupun versi PlayStation 5 berjalan lancar tanpa masalah, pemain PC berdepan isu stuttering, high CPU usage, low GPU utilization, serta frame rate yang jatuh secara mendadak. Hal ini menyebabkan ulasan di Steam menurun ke tahap “Mostly Negative”.
Arc System Works terus menjalankan siasatan dan mengeluarkan patch sebaik sahaja “server maintenance” selesai.
Rupa-rupanya, salah satu punca utama lag ini berpunca daripada bug yang tidak disangka: game ini sentiasa menyemak audio input yang aktif semasa perlawanan berlangsung, lantas menurunkan prestasi gameplay secara tiba-tiba. Kemas kini terbaharu telah pun mematikan proses imbasan yang tidak diperlukan itu.
Antara Perbaikan Utama untuk PC dalam Patch Ini:
- Membaiki masalah CPU spikes yang tinggi semasa startup dan mengurangkan beban sistem daripada audio processing sewaktu perlawanan.
- Menghentikan imbasan audio input di latar belakang yang sebelum ini menyebabkan lag spike secara rawak.
- Membaiki isu frame rate yang jatuh apabila resolusi skrin tertentu dipilih.
- Menambah prompt untuk meminta pemain PC melakukan re-compile shader sebaik melancarkan game demi prestasi yang lebih lancar.
- Menambah baik sistem auto-graphic detection, membaiki isu battle setting yang kerap kembali ke default selepas game dihidupkan semula, serta membetulkan ikon butang yang tergendala dalam mini-game di online lobby.
PC PATCH JUST FIXED ALL MY PERFORMANCE ISSUES
by u/werti5643 in MarvelTokon
Pemain di Reddit dan Steam mengesahkan bahawa isu micro-stutter sudah tiada dan frame rate kini semakin stabil. Malah, ramai yang mula mengajak untuk mengemas kini ulasan negatif mereka di Steam sebagai tanda sokongan atas tindakan pantas pihak pembangun.
Marvel Tōkon: Fighting Souls boleh dimainkan sekarang di PC dan PlayStation 5.









Discussion about this post