Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih Ramai Pilih GTA VI Ultimate Edition Berbanding Edisi Standard, Menurut CEO Take-Two

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Lebih Ramai Pilih GTA VI Ultimate Edition Berbanding Edisi Standard, Menurut CEO Take-Two
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sangka harga mahal Grand Theft Auto VI (GTA VI/6) akan membuatkan ramai gamer berundur, nampaknya tanggapan itu salah. Jualan pre-order untuk game paling dinantikan pada dekad ini nampaknya lebih berpihak kepada Ultimate Edition yang berharga RM419 berbanding GTA VI edisi standard.

Dalam temu bual bersama CNBC, Strauss Zelnick selaku CEO Take-Two Interactive (pemilik Rockstar Games), mendedahkan bahawa pembeli lebih gemar memilih Ultimate Edition berbanding edisi standard yang berharga RM339.

Namun begitu, Zelnick menjelaskan gelombang jualan awal ini berkemungkinan besar didorong oleh peminat tegar yang tidak sabar untuk menjadi antara yang terawal untuk memiliki game ini.

“Sebenarnya, jualan lebih banyak memihak kepada edisi premium,” kata Zelnick apabila ditanya sama ada tempahan terbahagi secara seimbang. “Ini mungkin menunjukkan bahawa peminat paling tegar adalah kumpulan yang membuat pre-order sekarang.”

Grand Theft Auto VI is now available to pre-order.

All pre-orders will get the Vintage Vice City Pack, a collection of items that flash back to when the neon burned brightest.

Pre-order now: https://t.co/ENWCnl0nrl pic.twitter.com/vCf3QbRVpg

— Rockstar Games (@RockstarGames) June 25, 2026

Pendek kata, peminat tegar yang sudah bertahun-tahun menantikan GTA 6 rela membelanjakan lebih banyak duit demi mendapatkan setiap kandungan eksklusif sejak hari pertama pelancaran.

Sejak pre-order dibuka, topik tentang harga GTA 6 cukup hangat dibincangkan di media sosial. Pada harga RM339, edisi standard sendiri sudah melebihi nilai biasa bagi kebanyakan game AAA generasi semasa. Manakala GTA VI Ultimate Edition berharga RM419 pula mengenakan bayaran tambahan untuk pelbagai kandungan bonus digital eksklusif.

Pre-orders for Grand Theft Auto VI will officially begin on June 25 on digital storefronts and at other select retailers.

Check out the official cover art, also available as downloadable artwork at https://t.co/XPwC8URCQ4 pic.twitter.com/pRVXk4eyDQ

— Rockstar Games (@RockstarGames) June 18, 2026

Mengulas tentang debit itu, Zelnick mempertahankan harga berkenaan dalam temu bual bersama IGN. Beliau menganggap harga game sebagai “sangat berbaloi”, memandangkan Rockstar Games terkenal dengan reputasi yang sentiasa menyajikan kualiti dan kandungan melebihi jangkaan.

Tags: GTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

“Dah Tak Kena Dengan Zaman” – Bos GTA VI Pertahankan Kegunaan Kod Digital, Tiada CD

Next Post

Patch Baru Marvel Tōkon: Fighting Souls Akhirnya Selesaikan Masalah Prestasi PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Patch Baru Marvel Tōkon: Fighting Souls Akhirnya Selesaikan Masalah Prestasi PC

Patch Baru Marvel Tōkon: Fighting Souls Akhirnya Selesaikan Masalah Prestasi PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd