Sony Interactive Entertainment bersama pembangun Oh BiBi telah membuka pra-pendaftaran untuk game Ratchet & Clank: Ranger Rumble di iOS dan Android.
Ratchet & Clank: Ranger Rumble merupakan game free-to-play multiplayer arena shooter yang membawa francais PlayStation ini ke peranti mobile. Dari segi jalan cerita, anda akan dibawa masuk ke dalam simulasi maya binaan Captain Qwark yang sedang mencari calon Galactic Rangers baharu.
Ranger Rumble memfokuskan kepada perlawanan multiplayer real-time. Pemain boleh melakukan aksi lincah seperti dash, double jump, wall-run, dan grind di dalam arena yang diinspirasikan oleh lokasi ikonik francais ini, termasuk Megalopolis dan Torren IV. Aspek pergerakan juga dititikberatkan sama seperti combat, di mana setiap perlawanan menggabungkan elemen PvP dan ancaman PvE.
Apabila dilancarkan nanti, game ini akan menampilkan 12 hero yang boleh dimainkan, di mana lebih banyak watak akan ditambah dalam update akan datang. Barisan watak ini merangkumi robot, makhluk asing, dan juga spesis Lombax. Setiap hero datang dengan playstyle, reka bentuk, serta barangan kosmetik tersendiri.

Walaupun versi penuh akan dilancarkan dengan enam mod permainan, pemain yang menyertai ujian serantau sebelum ini sempat mencuba tiga mod utama, iaitu:
- Bolt Rush: Mod kompetitif lincah melibatkan enam pemain yang memerlukan anda bertahan daripada serangan raksasa, bos, dan pemain lawan sambil berlumba-lumba mengumpul bolts.
- Total Rumble: Mod free-for-all yang menguji kehebatan lapan pemain di dalam satu arena.
- Blast Ball: Mod bola sepak 3v3, di mana anda perlu menggunakan pelbagai senjata untuk menembak bola masuk ke gawang pihak lawan.
Pemain boleh membuka serta menaik taraf lebih daripada 20 jenis senjata unik; daripada pelancar roket dan flamethrower biasa, hinggalah ke Buzz Blades dan Glove of Doom.

Untuk meraikan pelancaran pra-pendaftaran, Sony sedang menganjurkan kempen ganjaran komuniti. Lebih ramai pemain yang mendaftar, lebih banyak sasaran yang akan dicapai untuk membuka pelbagai mata wang dalam game seperti Qredit, Reebo, dan Raritanium.
Sekiranya komuniti berjaya mencapai sasaran terakhir, setiap pemain akan dihadiahkan skin eksklusif “Clank Suit” untuk Widget; iaitu watak Lombax baharu yang membuat penampilan sulung di dalam game ini.










Discussion about this post