Where Winds Meet mengumumkan bahawa expansion besar seterusnya, yang bertajuk Hidden Mountain, bakal dilancarkan pada 23 Julai 2026.
Membawa gelaran “Where Winds Meet 2.0,” update besar ini memperkenalkan estetika “Eastern Steampunk” (atau “Wuxia-Punk”) ke dalam dunia open-world action RPG ini. Expansion ini akan membawakan peta baharu yang sangat vertical, sistem visual dan audio yang dipertingkatkan, serta pelbagai mekanik traversal dan combat baharu.
Dunia “Wuxia-Punk” yang Vertical
Kawasan Hidden Mountain direka sebagai sebuah persekitaran pelbagai lapisan yang luas; merangkumi air, istana bawah tanah, puncak gunung yang curam, hinggalah ke bandar terapung di langit.
Menurut pihak pembangun, reka bentuk kawasan ini berkait rapat dengan kisah sejarah Mohist Sect. Faction yang terkenal sebagai pakar kejuruteraan purba ini telah membina ratusan mekanika dan jentera yang kompleks ke dalam landskap gunung tersebut.
Bagi meneroka ketinggian yang drastik ini, pemain boleh memanfaatkan mekanik traversal sedia ada (seperti seni bela diri Lightness Skill, memanjat, dan gliding), di samping menggunakan kenderaan mekanikal baharu. Update ini turut memperkenalkan sistem DIY crafting, yang membolehkan pemain memasang kenderaan custom dan rekaan mekanikal sendiri daripada pelbagai komponen untuk menyelesaikan teka-teki persekitaran serta mengakses kawasan tersembunyi.
Naik Taraf Teknikal dan Visual

Demi menyokong pelancaran “Where Winds Meet 2.0,” Everstone Studio membawakan beberapa penambahbaikan visual dan audio untuk memberikan pengalaman bermain yang lebih mendalam:
- Sistem Audio Dinamik: Reka bentuk audio dilaraskan semula untuk menghasilkan akustik yang lebih realistik apabila tiupan angin melalui kawasan gaung gunung.
- Tekstur Batuan yang Dipertingkat: Reka bentuk formasi batuan semula jadi telah diperbaharui bagi memaparkan kesan hakisan, aliran air, dan faktor usia secara lebih semula jadi.
- Sistem Light Rendering dan Ray-Tracing Baharu: Teknologi ini dilaksanakan bagi mengendalikan sistem pencahayaan yang kompleks dan sentiasa berubah mengikut keadaan di persekitaran gunung tersebut.
Perkembangan Sistem Combat dan Faction

Expansion ini turut meluaskan sistem combat dan sistem kemajuan permainan menerusi beberapa penambahan baharu:
- The Mohist Hill Sect: Tersembunyi jauh di sebalik awan, ini merupakan faction pertama dalam Where Winds Meet yang memfokuskan kepada pembinaan dan crafting. Dengan menyertai sect ini, pemain akan menerima buff unik yang meningkatkan kemahiran seni bina serta pembuatan mekanikal mereka.
- The Gauntlet Discipline: Pemain boleh menggunakan Gauntlet sebagai weapon class baharu. Playstyle ini memfokuskan kepada kombo seni bela diri jarak dekat yang pantas, direka untuk memecahkan pertahanan musuh serta menghasilkan damage yang tinggi dalam sekelip mata.
- New Bosses: Pemain bakal berhadapan dengan pelbagai musuh mekanikal. Beberapa pertarungan ini akan mencabar pemain untuk berinteraksi dengan persekitaran serta menyelesaikan teka-teki mekanikal di tengah-tengah pertarungan.

Expansion Hidden Mountain akan tersedia sebagai update percuma untuk semua pemain Where Winds Meet pada 23 Julai 2026. Where Winds Meet boleh dimainkan di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X/S.








Discussion about this post