Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2026
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA VI/6) pada 19 November 2026 memang amat dinantikan oleh para pemain di seluruh dunia. Namun di sebalik keterujaan tersebut, satu persoalan penting mula timbul: adakah GTA VI benar-benar mampu berjalan pada kadar 60 frames per second (FPS) pada konsol generasi sekarang?

Walaupun maklumat awal daripada pihak kedai mengacah adanya “Performance Mode” 60 FPS, analisis teknikal serta rekod lampau Rockstar menunjukkan bahawa pemain mungkin terpaksa berpuas hati dengan 30 FPS sahaja.

Keraguan ini sebenarnya berpunca daripada had kemampuan perkakasan konsol, khususnya CPU (Central Processing Unit).

Pakar teknologi di Digital Foundry baru-baru ini menganalisis keperluan teknikal game ini dan merumuskan bahawa sasaran 60 FPS “terasa susah untuk dicapai.” Ini kerana game open-world sangat bergantung kepada kuasa pemprosesan CPU. Walaupun kad grafik (GPU) menguruskan aspek visual seperti pencahayaan, tekstur, dan resolusi, CPU pula bertanggungjawab memproses keseluruhan simulasi dunia dalam game tersebut.

Bagi game yang sangat padat seperti GTA 6, CPU memikul beban berat untuk memproses:

  • Rutin NPC yang kompleks, interaksi orang ramai, serta jadual harian mereka.
  • Fizik pemanduan kenderaan serta kecerdasan buatan (AI) bagi sistem lalu lintas.
  • Pemuatan aset secara pantas ketika pemain bergerak laju di jalan raya atau di udara.

Dengan usia PlayStation 5 dan Xbox Series X yang kini mencecah hampir enam tahun, seni bina CPU Zen 2 yang digunakan berkemungkinan besar akan bergelut untuk memproses semua tugas berat ini pada kelajuan dua kali ganda.

Malah, PlayStation 5 Pro juga belum tentu dapat menyelesaikan masalah ini. Walaupun PS5 Pro dilengkapi GPU yang jauh lebih handal dan teknologi ray tracing yang lebih maju, peningkatan kelajuan CPU adalah sangat minimum. Memandangkan seni bina pemproses masih sama, PS5 Pro dijangka berhadapan dengan isu bottleneck yang sama dengan konsol asas, lantas mengehadkan prestasinya pada 30 FPS sahaja.

Sekiranya 60 FPS memang mustahil dicapai, Rockstar mungkin akan memperkenalkan mod 40 FPS sebagai jalan tengah bagi pemilik televisyen 120Hz atau yang menyokong VRR-compatible. Pilihan ini menawarkan frame time 25-milisaat yang lebih lancar; satu peningkatan berbanding 30 FPS (33.3ms) tanpa perlu mengorbankan kepadatan grafik dunia game secara keterlaluan.

Meskipun begitu, ada juga pihak yang optimis. Satu khabar angin daripada Remigiusz Maciaszek (YouTuber dan sumber gaming Poland) mendakwa bahawa Rockstar sebenarnya sasar kelajuan 60 FPS pada PS5 dan Xbox Series X sejak hari pertama pelancaran. Namun, beliau menjelaskan bahawa sasaran ini tidak melibatkan Xbox Series S yang kurang berkuasa; konsol tersebut dijangka akan terhad pada 30 FPS.

Jika pasukan Rockstar benar-benar mampu membawakan 60 FPS yang stabil pada konsol asas semasa pelancaran, ini akan menjadi antara pencapaian teknikal paling luar biasa dalam sejarah industri gaming moden.

Bagaimanapun, jika melihat kepada rekod lampau, Rockstar sentiasa mengutamakan kualiti visual dan tahap simulasi berbanding frame rate yang tinggi. Semasa Grand Theft Auto IV, Grand Theft Auto V, dan Red Dead Redemption 2 mula-mula dilancarkan, kesemuanya dihadkan pada 30 FPS, malah bergelut untuk mengekalkan prestasi tersebut semasa aksi rancak. Hanya selepas kemunculan versi remaster dan next-gen pors beberapa tahun kemudian, barulah pemain dapat menikmati game seperti GTA V pada kadar 60 FPS di konsol.

Tags: GTA VI
ShareTweetSend
Previous Post

Onimusha: Way of the Sword – Uji PC Anda Dengan Alat Benchmark Percuma

Next Post

[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd