Hari ini, PUBG MOBILE secara rasmi melancarkan update Version 4.5 yang membawa kolaborasi Naruto Shippuden ke medan perang. Berlangsung dari hari ini sehingga 7 September 2026, crossover ini akan mengubah landskap peta dengan pelbagai lokasi ikonik, kebolehan ninjutsu hebat, serta ciri unik menerusi arahan suara.
Teroka Kampung Konoha
Menerusi kolaborasi ini, Hidden Leaf Village diperkenalkan sebagai “point of interest” baharu di Erangel, terletak di bahagian utara Rozhok. Di sini, pemain boleh meneroka pelbagai mercu tanda ikonik daripada anime tersebut, termasuk:
- Batu Hokage
- Apartmen Naruto
- Kediaman Hokage
- Kedai Ramen Ichiraku
- Pondok Burung
Selain itu, beberapa lokasi penting lain dari Naruto turut tersebar di sekitar Erangel, Livik, dan Sanhok. Antaranya termasuklah Akademi Ninja, Hospital Konoha, Arena Ujian Akhir Chunin, Bilik Rahsia Naka Shrine, Valley of the End, dan Jambatan Besar Naruto.
Bertarung dengan Kurama & Acara Defense Khas
Sepanjang perlawanan, pemain berpeluang bertembung dengan Makhluk Ekor Sembilan, Kurama, yang berkeliaran di peta. Kurama boleh ditemui dalam salah satu daripada tiga keadaan: sedang tidur, meronda, atau berwaspada. Jika terjumpa Kurama yang sedang tidur, anda harus menghampirinya dengan senyap agar “alertness meter” tidak meningkat.
Sekiranya memilih untuk bertarung, Kurama akan mempertahankan diri menggunakan serangan fizikal kuat serta “Tailed Beast Bomb”. Semasa pertarungan ini, Kurama akan mendedahkan titik kelemahan pada tangannya. Fokuskan tembakan pada bahagian tersebut untuk menumpaskannya dengan lebih mudah. Pemain yang berjaya menewaskan Kurama akan dianugerahi transformasi “Bijuu Cloak” yang memberikan pelbagai kebolehan ninja luar biasa.
Pada 17 Julai pula, acara “Kurama Crisis” akan dilancarkan. Dalam mode defense ini, Kurama akan mengamuk dan menyerang kampung. Semua skuad di dalam peta perlu bekerjasama demi melindungi Konoha daripada kemusnahan.
Mahirkan Seni Ninjutsu Bersama Arahan Suara
Update ini turut membawakan sistem tenaga Chakra untuk abiliti istimewa serta mekanik pergerakan “Ninja Run”. Ciri Ninja Run meningkatkan kelajuan larian watak, membolehkan lompatan yang lebih tinggi, malah membolehkan pemain berlari di atas permukaan air.
Selain itu, pemain boleh menggunakan Substitution Jutsu yang akan diaktifkan secara automatik apabila nyawa turun ke paras 10 atau ke bawah. Jutsu ini akan menukar pemain dengan sebatang kayu sambil memindahkan mereka ke kedudukan yang lebih selamat dalam sekelip mata.
Pelbagai ninjutsu lain akan dikeluarkan secara berperingkat sepanjang minggu pertama update ini:
- 10 Julai: Tajuu Kage Bunshin – Membolehkan pemain menyeru klon bagi mengelirukan musuh atau bertukar posisi dengan pantas.
- 12 Julai: Rasengan dan Chidori – Serangan jarak dekat yang menghasilkan damage yang amat besar.
- 14 Julai: Hiraishin no Jutsu – Membolehkan pemain berpindah tempat serta-merta ke arah kunai yang telah dilemparkan.
Beberapa teknik popular lain seperti Fire Style: Great Fireball Jutsu, Earth Style: Mud Wall, dan Edo Tensei turut disediakan.
Pada 14 Julai, pemain di dalam Arena Ujian Akhir Chunin boleh mengaktifkan ninjutsu menerusi arahan suara. Anda hanya perlu menjerit nama teknik tersebut seperti “Rasengan!” atau “Chidori!” ke dalam mikrofon untuk menggunakannya.
Koleksi Set Watak & Pakaian Khas
Bermula 12 Julai pula, kedai dalam game akan menawarkan pelbagai set kosmetik eksklusif berikut:
- Set Gilt Naruto Pertama: Set pakaian premium yang menampilkan fungsi pertukaran bentuk dinamik, termasuk Naruto (Sage Mode) dan Naruto (Six Paths Mode).
- Set Pakaian Watak: Koleksi watak lengkap beserta emote khas untuk Sasuke, Sakura, Kakashi, Hinata, Gaara, Tsunade, Madara, dan Jiraiya.
- Barangan Pengumpul Eksklusif: Skin kenderaan kolaborasi, beg bertema, serta haiwan peliharaan Kurama Buddy (pet).
Buat pemain yang ingin mendapatkan ganjaran tanpa mengeluarkan sebarang duit, update ini turut menganjurkan giveaway. Anda hanya perlu log masuk antara 10 Julai hingga 12 Julai dan menyelesaikan beberapa misi untuk menebus Set Pakaian Naruto secara kekal.
Melalui acara Perk Exchange dan acara Akademi Ninja, pemain boleh mengumpul mata untuk ditukarkan dengan pelbagai barangan menarik. Antaranya termasuklah Set Konoha Anbu, Set Akatsuki, Set Elite Hidden Leaf Ninja, Set Jubah Hokage Keempat, emote jenaka “1,000 Years of Pain”, latar belakang lobi khas, pek suara watak, serta runut bunyi (OST) popular seperti “Blue Bird”.
PUBG MOBILE x Naruto sedia untuk dimuat turun secara percuma menerusi App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post