Cygames secara rasmi melancarkan Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok, sebuah expansion besar untuk judul action RPG tersebut. Bermula hari ini, expansion ini boleh didapati di Nintendo Switch 2, PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC melalui Steam.
Ancaman Baharu di Zegagrande Skydom
Kisah Endless Ragnarok bermula selepas peristiwa dalam game asas. Walaupun ancaman terhadap Zegagrande Skydom berjaya diatasi, satu krisis baharu mula melanda. Beberapa portal ke alam misteri telah terbuka, lalu membawa masuk entiti asing yang dikenali sebagai “Ragnalia”.
Kisah kali ini berpusat pada Omnis Zegalith, iaitu sebuah kuasa penyatuan yang dicipta oleh ‘Six Dragons’ bagi menghalang kemusnahan skydom. Pemain perlu menghadapi ancaman kosmik ini manakala musuh-musuh kuat, termasuklah Beelzebub mula turun ke alam langit.
Playable Character Baharu dan DLC Tambahan
Expansion ini memperkenalkan enam watak ke dalam barisan watak yang boleh dimainkan: Beatrix, Eustace, Gallanza, Maglielle, Fraux, dan Fediel.
Sempena pelancaran hari ini, Cygames turut melancarkan Character Expansion Set secara berasingan sebagai DLC untuk Fraux dan Fediel. Setiap set direka bagi membantu pemain membuka dan menaik taraf watak-watak tersebut dengan serta-merta:
- Fraux Character Expansion Set:
- Crewmate Card: Fraux
- 20 x Silver Centrum
- Enchantress’s Blessing (Sigil unik Fraux)

- Fediel Character Expansion Set:
- Crewmate Card: Fediel
- 5 x Ambrosia
- The Black’s Mark (Sigil unik Fediel)

Kedua-dua character set ini boleh dibeli melalui kedai platform masing-masing, atau anda boleh melayari halaman DLC rasmi untuk maklumat lanjut.
Sistem Combat dan Kemajuan Baharu
Endless Ragnarok membawakan beberapa mekanik baharu yang meluaskan lagi lagi sistem combat utama Relink:
- The Summon System: Pemain boleh melengkapkan dan memanggil sekutu mahupun bos ketika bertarung. Ciri summon memberikan invincibility sementara, sekali gus menawarkan pilihan defensif yang amat penting semasa menentang bos kuat.
- Primal Bursts: Apabila keempat-empat ahli pasukan menggabungkan Skybound Arts mereka di bawah syarat tertentu, Lyria boleh menggunakan Primal Burst. Mekanik ini akan menyeru entiti gergasi seperti Proto Bahamut atau Excavallion untuk menghasilkan damage yang sangat besar.
- The Conflux Mode: Mod roguelite single-player baharu, di mana pemain perlu bertarung berturut-turut. Mod ini memudahkan lagi progression grinding dengan menawarkan pelbagai bahan naik taraf untuk senjata dan sigil.
- Master Traits & Fatebreaker Grade: Had kemajuan ditingkatkan menerusi skyfarer grade “Fatebreaker”, membolehkan pemain meningkatkan Master Traits demi menyesuaikan gaya permainan masing-masing.
- Chaos Difficulty: Co-op quest susah dan bos endgame yang amat mencabar seperti “The World” sedia untuk dilawan di bawah tahap kesukaran baharu ini.
Pilihan Pembelian dan Peningkatan Platform
Cygames menawarkan pilihan pembelian yang fleksibel bagi memenuhi keperluan pemain lama serta pendatang baharu:
- Untuk Pendatang Baharu: Pakej lengkap Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok menggabungkan game asas bersama expansion ini. Edisi fizikal ditawarkan untuk Nintendo Switch 2 dan PlayStation 5, manakala edisi digital tersedia untuk Switch 2, PS5, PS4, dan PC. Memandangkan game asas baru sahaja dilancarkan di Nintendo Switch 2, pemain konsol baharu tersebut perlu mendapatkan pakej ini untuk mula bermain.
- Untuk Pemilik Sedia Ada: Pemain yang sudah memiliki game asas di PlayStation 5, PlayStation 4, atau Steam boleh mendapatkan Endless Ragnarok Upgrade Kit digital secara berasingan. Ini membolehkan anda memindahkan save file dan terus sambung main. Sila ambil perhatian bahawa Upgrade Kit hanya disokong pada platform yang sama (tiada sokongan cross-platform).


Kedua-dua versi game asas dan upgrade kit ditawarkan dalam Standard Edition serta Special Edition. Special Edition datang bersama bonus digital tambahan seperti Relink DLC Collection dan Endless Ragnarok Special Pack.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web rasmi di https://relink-ragnarok.granbluefantasy.com.









Discussion about this post