Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2026
in Artikel, Berita, Hardware, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Teknologi
0 0
0
Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo mengesahkan bahawa model original Nintendo Switch, Switch Lite, dan Switch OLED akan dihentikan penjualannya di Eropah bermula pertengahan Februari 2027.

Keputusan ini bukanlah bertujuan memberi laluan kepada Nintendo Switch 2. Sebaliknya, ia didorong oleh undang-undang perlindungan pengguna yang lebih ketat di Kesatuan Eropah (EU).

EU baru-baru ini memperkenalkan arahan “Right to Repair” serta undang-undang bateri baharu. Mengikut undang-undang ini, bermula Februari 2027, semua peranti elektronik mudah alih yang dijual di sana wajib menggunakan bateri yang boleh ditukar sendiri oleh pengguna dengan mudah.

Memandangkan reka bentuk Switch original (dilancarkan pada 2017) menggunakan bateri yang digam mati di dalam konsol, mengubah suai sistem yang sudah hampir berusia sedekad ini adalah tidak praktikal dari segi kos bagi Nintendo. Oleh itu, daripada merombak semula rekaan konsol lama, Nintendo memilih untuk menghentikan pengedaran kepada kedai di Eropah serta menamatkan jualan di kedai rasmi mereka sebaik sahaja tarikh akhir tersebut tiba.

Bagi mematuhi undang-undang terbaharu EU ini, Nintendo akan memperkenalkan versi baharu bagi konsol Switch 2 dan beberapa aksesorinya di Eropah bermula tahun ini. Bezanya, semua model versi EU akan disertakan dengan bateri yang boleh ditukar sendiri oleh pengguna.

Disebabkan perubahan reka bentuk, versi Eropah akan mempunyai sedikit perbezaan dari segi berat dan kapasiti bateri berbanding model yang dijual di Malaysia.

Berikut adalah perbezaan versi Eropah berbanding versi standard sedia ada:

  • Joy-Con Pair (Warna Terpilih: Neon Blue & Neon Red)
    • Diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan-bulan akan datang.
    • Tiada sebarang perubahan dari segi berat mahupun kapasiti bateri.
  • Konsol Nintendo Switch 2
    • Hujung tahun 2026.
    • Kapasiti bateri boleh tukar adalah sebesar 5,172mAh; kira-kira 1% lebih kecil berbanding model standard (5,220mAh). Berat konsol sahaja adalah sekitar 411g (10g lebih berat daripada berat asal 401g). Apabila dipasangkan dengan alat kawalan Joy-Con 2, berat keseluruhan menjadi 548g (14g lebih berat berbanding model original seberat 534g).
  • Joy-Con 2 Pair
    • Musim sejuk 2026 (sekitar Disember 2026 hingga Mac 2027).
    • Tiada perubahan pada kapasiti bateri. Namun, beratnya bertambah sedikit: bahagian kiri (L) seberat 68g (naik 2g berbanding model standard seberat 66g), manakala bahagian kanan (R) seberat 69g (naik 2g berbanding model standard seberat 67g).
  • Nintendo Switch 2 Pro Controller
    • Musim sejuk 2026 (sekitar Disember 2026 hingga Mac 2027).
    • Mengalami penurunan kapasiti bateri sebanyak 16% kepada 897mAh (berbanding model standard 1,070mAh). Bagaimanapun, alat kawalan ini menjadi lebih ringan iaitu sekitar 228g (kurang 7g berbanding model standard seberat 235g).
  • Alat Kawalan Nintendo 64 untuk Switch
    • Awal tahun 2027.
    • Tiada perubahan pada kapasiti bateri. Beratnya pula adalah sekitar 234g (1g lebih berat daripada model sedia ada seberat 233g).
  • Alat Kawalan GameCube untuk Switch 2
    • Awal tahun 2027.
    • Kapasiti bateri meningkat sebanyak 5% kepada 525mAh (berbanding model standard 500mAh). Beratnya juga meningkat sedikit kepada 215g (5g lebih berat berbanding model standard seberat 210g).

Kesannya Kepada Pemain di Malaysia?

Bagi pemilik Switch di Malaysia, berita ini tidak perlu merisaukan anda atas beberapa sebab.

Nintendo mengesahkan bahawa sistem Switch sedia ada akan terus berfungsi. Malah, sokongan untuk perkhidmatan online seperti Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online juga akan diteruskan tanpa sebarang gangguan buat masa ini.

Keputusan menghentikan jualan ini hanya khusus untuk pasaran Eropah. Memandangkan rantau Asia tidak mempunyai undang-undang bateri yang seketat itu, model Switch original dijangka akan terus dijual di pasaran Malaysia seperti biasa.

Tags: nintendo switch
ShareTweetSend
Previous Post

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan
Berita

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan

July 6, 2026
Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’
Anime

Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’

July 6, 2026
Anime JJBA: Steel Ball Run Akan Kembali September 2026 Dengan Jadual Mingguan
Anime

Anime JJBA: Steel Ball Run Akan Kembali September 2026 Dengan Jadual Mingguan

July 6, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd