Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Reset” Terbesar Dalam Sejarah Xbox – 3,200 Staf Dihentikan Kerja, 4 Studio Dilepaskan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
“Reset” Terbesar Dalam Sejarah Xbox – 3,200 Staf Dihentikan Kerja, 4 Studio Dilepaskan
Share on FacebookShare on Twitter

Bahagian gaming Microsoft kini sedang melalui penstrukturan terbesar dalam sejarahnya. Melalui memo yang dihantar kepada kakitangan, CEO Xbox Asha Sharma bahawa syarikat akan mengurangkan 3,200 pekerjaan (iaitu kira-kira 20% daripada keseluruhan tenaga kerja bahagian gaming) serta menamatkan kerjasama dengan empat studio first-party game development milik mereka.

This is an important email I sent today to all employees at XBOX:

Team,

We are beginning the most significant restructure in XBOX history. After careful consideration, I've made the difficult decision to reduce our team by approximately 3,200 throughout FY27. This will include…

— ASHA (@asha_shar) July 6, 2026

Langkah ini, yang disifatkan oleh Sharma sebagai “reset” penting bagi memulihkan perniagaan yang “kurang sihat,” akan dilaksanakan sepanjang tahun kewangan 2027. Gelombang pertama bermula serta-merta dengan 1,600 pekerja diberhentikan hari ini.

Keputusan ini adalah sebahagian daripada pelan pemberhentian pekerja yang lebih luas di Microsoft. Secara keseluruhan, syarikat itu mengurangkan kira-kira 4,800 jawatan di peringkat global (sekitar 2.1% daripada keseluruhan tenaga kerjanya) di bahagian komersial dan pengguna.

Realiti di Sebalik Langkah “Reset”

Dalam suratnya kepada pekerja, Sharma mendedahkan isu kewangan yang dihadapi oleh bahagian tersebut. Beliau menyatakan bahawa operating margin Xbox adalah tiga hingga sepuluh kali ganda lebih rendah berbanding syarikat platform dan publishing pesaing.

Langkah pembelian studio secara agresif sejak tahun 2018 didapati tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Menurut data dalaman yang dipetik daripada memo tersebut, Xbox secara puratanya “rugi 64 sen bagi setiap satu dolar” yang dilaburkan ke dalam studio-studio berkenaan.

coming soon to a screen near you:https://t.co/oLoMNQ47rB pic.twitter.com/lTBtyHKRNb

— XBOX Game Pass (@XBOXGamePass) June 16, 2026

“Untuk terus berkembang, kami mempertaruhkan Game Pass, multi-platform, dan portfolio kandungan yang lebih luas,” tulis Sharma. Walaupun inisiatif tersebut memberikan nilai, beliau mengaku pertumbuhannya tidak sepantas yang dijangkakan. Akibatnya, Xbox terbeban dengan struktur kos yang tinggi di samping memiliki console install base yang lebih kecil berbanding pesaingnya.

Keadaan ini menjadi lebih parah berikutan krisis hardware yang sedang melanda industri. Peningkatan kos pembuatan (yang baru-baru ini memaksa Microsoft menaikkan harga konsol Xbox di peringkat global) serta kemerosotan jualan hardware membuatkan syarikat memutuskan bahawa mereka tidak lagi mampu mengekalkan saiz rangkaian studio sedia ada.

Empat Studio Dilepaskan, Masa Depan Arkane Tergantung

Sebagai sebahagian daripada rombakan ini, Xbox akan melepaskan pegangan atau menjual empat buah studio yang dibeli sepanjang lapan tahun lalu:

  • Compulsion Games (pembangun game South of Midnight) dan Double Fine Productions (pencipta Psychonauts) akan kembali beroperasi sebagai studio independent. Kedua-dua studio ini akan mengekalkan kesemua intellectual property, back catalog, serta menerima dana sokongan bagi menyiapkan projek game mereka yang seterusnya.

An important update from Compulsion Games. pic.twitter.com/V4yRkpshuk

— Compulsion Games (@CompulsionGames) July 6, 2026

pic.twitter.com/nGDG5ZDe7c

— Double Fine (@DoubleFine) July 6, 2026
  • Ninja Theory (pembangun siri Senua) dan Undead Labs (pencipta State of Decay 3) dalam fasa akhir rundingan untuk berpindah ke bawah pemilikan baharu yang belum dinamakan. Sharma menjelaskan bahawa pemilik baharu tersebut akan menyediakan dana yang mencukupi untuk menyiapkan serta mengembangkan projek aktif mereka.

A big thank you to our first 5,000 followers! 🎉

You are here for the start of our journey to launch Senua and we couldn't be more energised and excited. We're a relatively small, passionate team of game developers (about 85 people) – your support means a lot. Thank you. pic.twitter.com/PIC3fcDOMR

— Senua (@senuagame) June 12, 2026

Namun, nasib berbeza menanti Arkane Lyon; studio Perancis di sebalik game Deathloop dan projek Marvel’s Blade. Memo daripada Sharma mendedahkan bahawa pihak pengurusan Arkane sedang memulakan sesi rundingan dengan Works Council bagi menilai “pilihan strategik yang berpotensi.”

Disebabkan studio tersebut berpangkalan di Perancis, undang-undang buruh tempatan yang ketat menghalang Microsoft daripada melaksanakan pemberhentian kerja atau penutupan mengejut tanpa melalui proses rundingan yang panjang. Laporan industri mendakwa Microsoft berhasrat untuk menjual atau melepaskan terus Arkane Lyon, sekali gus meletakkan masa depan projek Marvel’s Blade dalam ketidakpastian. Game Marvel itu dilaporkan telah melebihi bajet asal dan ditunda secara dalaman ke penghujung 2027.

Di sebalik pelepasan studio dan pemotongan kakitangan, Sharma memberi jaminan bahawa tiada satu pun projek game first-party Xbox yang sudah diumumkan secara rasmi akan dibatalkan.

Struktur Pengurusan Lebih Rata dan Perubahan Pemimpin

Xbox turut merombak hierarki pengurusan secara drastik. Sharma mengkritik kerumitan operasi sedia ada dan mendedahkan bahawa gerak kerja dalam sesetengah jabatan perlu melalui sehingga 14 lapisan pengurusan, yang secara tidak langsung melambatkan proses membuat keputusan. Selepas ini, Xbox akan mengehadkan lapisan pengurusan kepada maksimum lima peringkat—malah tiga peringkat sahaja di mana-mana bahagian yang bersesuaian.

Langkah ini turut menyaksikan perubahan dalam barisan kepimpinan eksekutif:

  • Dave McCarthy, veteran yang telah berkhidmat selama 17 tahun dan memegang jawatan sebagai Chief Operating Officer (COO), akan bersara.
  • Tempat beliau akan digantikan oleh Helen Chiang, bekas peneraju Mojang dan francais Minecraft. Chiang akan memikul tanggungjawab penuh ke atas profit-and-loss (P&L) di bahagian kandungan, hardware, platform, dan perkhidmatan Xbox.
  • Di samping itu, Mojang dan gergasi game mobile, King (Candy Crush), akan melapor terus kepada Sharma. Kedua-dua studio gergasi ini disifatkan seperti platform tersendiri kerana memiliki pangkalan pemain aktif terbesar di bawah naungan Xbox.

Sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan kos overhed, Xbox sasar pengurangan perbelanjaan vendor sebanyak 50%.

Tags: industrixbox
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?
Nintendo Switch

Nintendo Switch Gen 1 Akan Bersara Di Eropah Pada 2027 -Kesan Kepada Pemain Malaysia?

July 7, 2026
Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan
Berita

Danganronpa 2×2 Ditunda ke Awal 2027; Slayhem Mode & Rombakan Peta 3D Dijelaskan

July 6, 2026
Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’
Anime

Bukan Season 3, Anime Solo Leveling Diteruskan Dengan Filem ‘Beyond the System’

July 6, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd