Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Seram, Steam, Survival
0 0
0
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Share on FacebookShare on Twitter

Annapurna Interactive dan pihak pembangun Great Ape Games telah mengumumkan bahawa The Lost Wild—sebuah game survival horror bertemakan dinosaur—akan dilancarkan pada tahun 2027. Game ini akan tersedia di PlayStation 5, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Tema utama The Lost Wild ialah pengalaman seram berasaskan elemen mengelak; yang mengetepikan combat aksi tradisional demi mengutamakan saspens dan mekanik menyelinap (stealth).

Pemain akan mengawal watak Saskia, seorang wartawan/penyiasat yang tersedar dalam keadaan terdampar di sebuah pulau misteri yang dipenuhi makhluk prasejarah.

Untuk terus hidup, dia perlu meneroka fasiliti penyelidikan terbiar yang kini ditumbuhi semak samun, sambil membongkarkan misteri pulau tersebut dengan hanya berpandukan suara misteri di radio.

Haiwan yang Realistik, Bukan Raksasa

Tidak seperti kebanyakan game lain yang menampilkan dinosaur sebagai sasaran untuk ditembak, The Lost Wild menampilkan makhluk prasejarah ini seperti haiwan liar sebenar.

“The Lost Wild menawarkan pengalaman survival horror yang berbeza daripada yang lain. Ia dibina berasaskan elemen saspens mendebarkan slow-burn ketika pemain diburu oleh dinosaur yang bijak,” kata CEO Great Ape Games, Nick Gregory, dalam kenyataan.

“Makhluk-makhluk ini bukan raksasa, sebaliknya haiwan liar yang menganggap anda sebagai mangsa buruan.”

Penekanan terhadap tingkah laku haiwan yang realistik ini diterajui oleh Game Director Gary Napper. Beliau sebelum ini terkenal sebagai lead designer untuk game seram sains fiksyen popular, Alien: Isolation.

Menerusi PlayStation Blog, Napper berkongsi bagaimana latar belakangnya dalam reka bentuk game seram telah membentuk hala tuju The Lost Wild.

Beliau menggalakkan pemain melihat dinosaur sebagai musuh yang perlu ditewaskan, di mana rekaan game ini bertujuan untuk menimbulkan rasa ‘vulnerability’ dan hormat terhadap makhluk tersebut.

“Perbezaan utama di sini bukan sekadar anda tidak mampu melawan balik, tetapi anda sendiri akan rasa yang anda tidak sepatutnya berbuat demikian.”

Memerhati, Menyelinap, dan Bertahan Hidup

Disebabkan pemain tidak dibekalkan dengan kelengkapan untuk membunuh pemangsa di pulau tersebut, kelangsungan hidup bergantung sepenuhnya pada pemerhatian, sikap berhati-hati, dan kepantasan berfikir. Pemain mesti mengkaji tingkah laku serta corak pergerakan dinosaur untuk bergerak dengan selamat.

Game ini dimainkan menggunakan sudut pandangan first-person, dan sebarang konfrontasi secara bersemuka amat tidak digalakkan.

Berbanding menggunakan senjata yang membawa maut, pemain perlu mencari bahan-bahan untuk mencipta gangguan, menggunakan laluan tersembunyi, atau menggunakan alatan bukan maut seperti api dan suar untuk menghalau pemangsa buat sementara waktu.

Pihak pembangun membina dinosaur ini menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) yang dinamik dan adaptif.

Berbanding hanya mengikut laluan yang telah diprogramkan secara tetap, makhluk-makhluk ini bertindak balas secara spontan terhadap bunyi, cahaya, dan pergerakan pemain, sekali gus menjadikan setiap pertembungan sukar dijangka.

Great Ape Games menjangkakan The Lost Wild akan menawarkan kempen single-player yang sangat sinematik dengan tempoh gameplay antara 6 hingga 10 jam. Lebih banyak maklumat mengenai projek ini dijangka akan dikongsikan sepanjang proses pembangunan game ini menuju tempoh pelancarannya pada tahun 2027.

Tags: The Lost Wild
ShareTweetSend
Previous Post

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

Next Post

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Next Post
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE - Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd