Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, Simulator, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kami berpeluang mencuba early build untuk game terbaharu, ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE.

Bagi peminat genre flight combat, siri Ace Combat pastinya ada tempat istimewa di hati anda. Aksi dogfight yang pantas, kawalan jet realistik, jalan cerita ala filem, serta bualan radio yang rancak antara juruterbang… semua inilah yang membuatkan francais ini begitu ikonik.

Selepas melepasi beberapa misi, jelas bahawa pihak pembangun bukan setakat mahu mencantikkan grafik atau membesarkan skala game ini. Sebaliknya, mereka benar-benar fokus untuk menjadikan combat dogfight terasa lebih luas dan imersif.

Apa yang paling ketara? Keseluruhannya masih terasa seperti Ace Combat yang kita kenal. Namun, corak combat dan cara kita berinteraksi dengan persekitaran telah diolah dengan begitu bijak. Ia terasa sangat akrab, tetapi masih tampil dalam cara yang ‘serba baharu’.

FCU Kini Menjadi Tumpuan

Menerusi preview build ini, kami dapat bermain bahagian prolog, Misi 1 hingga 5, serta Misi 9 dan 11. Variasi misinya cukup pelbagai: bermula daripada dogfight klasik dan interception runs, hinggalah kepada aksi mengebom armada kapal dan memusnahkan musuh bersaiz gergasi.

Dari segi penceritaan, Ace Combat 8 meletakkan FCU (Federation of Central Usea) di pentas utama. Anda akan bermain sebagai juruterbang elit dari skuadron “Joker Flight” FCU yang terheret ke dalam peperangan yang semakin rumit. Walaupun FCU sudah lama wujud dalam sejarah Ace Combat, mereka belum pernah menjadi tumpuan utama.

Dengan menonjolkan wilayah yang jarang diterokai ini, ia menambah lapisan baru pada naratif dan politik siri ini.

Ada pelbagai pilihan jet yang ditawarkan, termasuklah F/A-18C, A-10C, EA-6B, F-2A, F-14D, F/A-18E/F, Mirage 2000-5, Typhoon, MiG-29A, dan Su-33. Melihat pada roster ini, game ini lebih menjurus ke arah peperangan moden dan carrier-based aircraft.

Kehadiran pesawat seperti EA-6B juga amat menarik, seolah-olah memberi petanda bahawa ‘electronic warfare’ dan formasi skuad realistik akan memainkan peranan besar kali ini.

Jet Terasa Lebih Berat & Mekanik Tempur Baru

Sebaik sahaja pesawat berlepas, kami terus perasan yang ia terasa lebih berat dan realistik. Ace Combat memang pakar dalam elemen game arked dengan simulator terbang hardcore, jadi formula itu masih dikekalkan. Namun sekarang, pemain benar-benar dapat merasai perbezaan fizikal pada setiap jet.

Semasa membuat pusingan tajam, terbang menegak ke udara, atau mengubah sudut penerbangan, momentumnya terasa. Pesawat tidak lagi bergerak serta-merta mengikut tolakan analog stick; sebaliknya, anda perlu bijak mengawal kelajuan dan berat jet tersebut.

Sistem combat turut menerima overhaul besar-besaran, terutamanya pada sistem damage. Dalam game dahulu, peluru berpandu atau tembakan mesingan hanya berkesan jika ia tepat mengenai sasaran. Tetapi dalam Ace Combat 8, tembakan yang hampir mengena atau letupan berhampiran sudah cukup untuk menjejaskan nyawa musuh.

Hentaman yang cukup kuat boleh melumpuhkan atau meletupkan sasaran sepenuhnya, lalu mencetuskan chain reaction yang merosakkan unit musuh di sekeliling.

Mekanik chain reaction inilah yang mengubah rentak combat. Anda tidak perlu lagi terlalu obses untuk mendapatkan direct hit kerana menggunakan kerosakan impak dan memanipulasi persekitaran kini menjadi salah satu elemen penting dalam strategi perlawanan.

Pilihan Dua Special Weapon

Seperti biasa, kita akan dibekalkan dengan mesingan dan peluru berpandu standard. Tetapi Ace Combat 8 melangkah lebih jauh dengan membenarkan pemain membawa dua Special Weapon (senjata khas) berbeza serentak ke medan perang.

Pilihan dua senjata khas ini memberikan fleksibiliti lebih luas untuk berdepan dengan apa jua bentuk cabaran. Jika misi melibatkan sekumpulan besar jet pejuang musuh, anda boleh memuatkan dua senjata air-to-air untuk mendominasi ruang udara.

Jika sasaran anda adalah armada laut atau pangkalan darat pula, anda boleh menggabungkan bom berat dengan senjata jenis area-of-effect (AoE). Skrin persediaan sebelum misi (yang dulunya sekadar ruang untuk memilih senjata “terbaik”) sekarang bertukar menjadi sesi merancang loadout yang jauh lebih strategik dan menyeronokkan.

Aksi Terbang Rendah & Taktik Bersembunyi di Sebalik Awan

Aksi penerbangan rendah sentiasa menjadi detik paling mendebarkan dalam siri Ace Combat.

Menyusur laju di celah puncak gunung, terbang di antara bangunan, atau mengekalkan beberapa inci dari permukaan laut menimbulkan adrenalin rush buat pemain di mana anda terpaksa membuat keputusan sepantas kilat sambil melihat persekitaran berlalu dengan laju.

Sensasi kelajuan itu masih dipertahankan, namun dalam game ini, keadaan di langit sama sibuknya dengan di bumi. Sistem awan serba baru membawakan pelbagai jenis cuaca yang berubah mengikut tahap altitud . Di aras rendah, anda mungkin terpaksa meredah awan ribut yang tebal dan berbahaya.

Di altitud tinggi pula, walaupun awannya lebih nipis, ia masih mampu mengganggu jarak penglihatan pemain.

Apa yang paling memukau? Awan bukan sekadar hiasan kosmetik. Anda boleh mencari kelibat pesawat musuh dengan melihat pusaran awan yang terhasil semasa mereka melaluinya, atau meneka kedudukan mereka melalui pantulan cahaya matahari pada cermin kokpit.

Jadi, persekitaran ruang udara pun memainkan peranan penting dalam menentukan corak pertempuran.

Pengalaman Menjadi ‘Ace’ Sebenar

Radio chatter yang menjadi identiti siri ini kembali dengan lebih mantap. Semasa di udara, rakan skuadron (wingmen) sentiasa aktif memberikan amaran, info terkini, dan laporan status. Ini secara tak langsung membuatkan kita berasa seperti sebahagian daripada sebuah pasukan yang benar-benar ‘hidup’.

Lebih menghiburkan, juruterbang musuh juga tidak segan silu menyindir dan mengejek pemain menerusi frekuensi radio. Jika dimainkan dari pandangan kokpit first-person, perbualan radio sebegini pasti akan menaikkan semangat, seolah-olah anda benar-benar seorang juruterbang jet pejuang.

Sistem Arahan Skuadron yang Berkesan

Sesi ‘pre-mission briefing’ dan sistem arahan skuadron turut dikembalikan. Ketika di udara, anda boleh memberi arahan kepada wingmen untuk memfokuskan tembakan ke arah musuh tertentu, melindungi ruang belakang kita (cover your tail), ataupun melepaskan special weapon mereka sebagai bantuan sokongan.

Arahan-arahan ini bukanlah gimik, tetapi sangat berkesan dan praktikal. Apabila langit mula dibanjiri musuh, menyuruh skuad memfokuskan serangan dapat “membersihkan” ruang udara dengan jauh lebih cepat.

Begitu juga jika anda sedang mengebom armada laut; arahan sokongan skuadron dapat mengurangkan tembakan bertubi-tubi ke arah anda. Akhirnya, pemain boleh benar-benar berfungsi sebagai seorang ketua skuad, dan bukan hero lone wolf yang beraksi solo.

Pendapat Setakat Ini

Berdasarkan pengalaman hands-on ini, Ace Combat 8 berjaya mengekalkan DNA yang menjadikan siri ini begitu dikagumi dengan keseronokan penerbangan pantas dan kepuasan meletupkan pesawat musuh dari udara.

Namun, ia tidak ‘kitar semula’ daripada game terdahulu. Sensasi jet yang lebih realistik, kesan letupan berantai, cuaca yang imersif, serta pilihan loadout yang lebih fleksibel membawakan perubahan yang segar kepada formula asal.

Walaupun game ini baru di peringkat early preview, jelas bahawa pihak pembangun tahu arah tuju yang ingin dibawa untuk masa depannya. Sebaik sahaja ruang angkasa Ace Combat 8 dibuka secara rasmi nanti, ia bakal meletakkan penanda aras baharu untuk dunia game flight combat.

Game ini akan dilancarkan pada 2 Oktober 2026 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Ace Combat 8: Wings of Thevepreviu
ShareTweetSend
Previous Post

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Next Post

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Next Post
Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 - Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd