Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2026
in Artikel, Berita, PC, PS5, Seram, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Share on FacebookShare on Twitter

Developer Team Clout mengumumkan bahawa game first-person survival horror mereka yang sangat dinanti-nantikan, ILL, bakal dilancarkan pada tahun 2027. Game ini dijadualkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC melalui Steam.

Pengumuman ini turut disertai dengan story trailer yang ngeri. Dihasilkan dengan kerjasama Mundfish Powerhouse (iaitu bahagian penerbitan bagi studio di sebalik Atomic Heart), trailer ini merupakan penampilan pertama ILL kepada umum sejak pertengahan tahun 2025.

Dunia Kelam Tanpa Belas Kasihan

ILL berlatarkan sebuah kota penyelidikan terbiar, di mana satu kuasa misteri yang jahat telah bangkit.

Apabila makhluk mutasi mengerikan yang dikenali sebagai Aberrations mula merebak di seluruh fasiliti tersebut, pemain perlu meneroka kompleks berkenaan, bertarung dengan pelbagai raksasa menakutkan, dan merungkai misteri di sebalik bencana itu demi menyelamatkan apa yang paling berharga bagi mereka.

Trailer ini juga memperkenalkan beberapa watak penting dalam jalan cerita, di samping pelbagai jenis Aberration baharu yang menampilkan reka bentuk menyeramkan serta tingkah laku yang pelik dan sukar dijangka.

Daripada bergantung kepada elemen seram psikologi, ILL lebih menekankan kesan jumpscare ngeri dan perasaan kurang selesa secara fizikal. Game ini dilengkapi dengan sistem reactive damage serta sistem pemotongan anggota badan, untuk menjadikan rupa combat lebih ngeri dan ganas.

Walaupun ILL mempunyai elemen aksi, ia direka sebagai satu pengalaman survival kejam di mana sumber adalah sangat terhad. Pemain akan mempunyai akses kepada pelbagai jenis senjata, namun peluru dianggap sebagai satu barangan mewah yang sukar dicari.

Untuk terus hidup, pemain mesti menilai setiap ancaman dengan teliti dan banyak bergantung kepada persekitaran sekeliling.

Sistem ‘improvised melee combat’ memainkan peranan penting; pemain boleh mengambil batu yang bertaburan untuk melalikan raksasa yang menghampiri, atau mencabut paip besi terus dari dinding untuk dijadikan senjata, walaupun peralatan sementara ini akan rosak dan patah lama-kelamaan.

Ciri utama yang menyerlahkan ILL ialah visualnya yang photorealistic serta sinematik yang cantik.

Pasukan utama Team Clout mempunyai pengalaman yang luas dalam industri perfileman, setelah terlibat dalam beberapa filem dan siri televisyen seram terkenal, termasuk adaptasi filem Until Dawn, IT: Welcome to Derry, V/H/S/Beyond, Longlegs, dan Azrael.

Tags: ILL
ShareTweetSend
Previous Post

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

Next Post

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Next Post
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

The Lost Wild - Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd