Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi anime bagi webtoon popular Tomb Raider King (tajuk Jepun Tōkutsuō) akan mula ditayangkan pada 8 Julai 2026.

Kadokawa mengumumkan tarikh tayangan tersebut bersama dengan dua video promosi watak baharu. Video pertama memfokuskan kepada watak Irene Holton yang disuarakan oleh Saori Hayami, manakala video kedua memperkenalkan Kōtarō Yanagi yang disuarakan oleh Miyu Irino.

Bagi siaran anime, versi dubbing bahasa Jepun menggunakan nama tempatan bagi beberapa watak utama:

  • Yoshimasa Hosoya sebagai Ryōga Gōriki (asalnya Jooheon Suh)
  • Saori Hayami sebagai Irene Holton
  • Junichi Suwabe sebagai Taisei Ōgawara (asalnya Tae Joon Kwon)
  • Miyu Irino sebagai Kōtarō Yanagi (asalnya Jae-Ha Yoo)
  • Nobuhiko Okamoto sebagai Noboru Kureha (asalnya Seug-Woo Oh)

Seung Wook Woo bertindak sebagai pengarah anime di samping mengendalikan komposisi siri di STUDIO EEK. Lagu tema pembuka “Show Down” dinyanyikan oleh kumpulan gadis rock-pop dari Korea Selatan, QWER.

Jalan Cerita

Tomb Raider King berlatarkan sebuah dunia di mana makam purba misteri muncul secara tiba-tiba di seluruh pelosok dunia. Di dalam makam-makam ini tersimpan artifak berkuasa yang memberikan kebolehan luar biasa kepada sesiapa sahaja yang memilikinya.

Walaupun segelintir pihak menggunakan artifak ini untuk membina monopoli korporat yang besar, ada juga yang hidup sebagai “raider”: iaitu pengembara yang menceroboh masuk ke dalam makam untuk mencuri artifak-artifak tersebut.

Jooheon Suh (dikenali sebagai Ryōga Gōriki dalam versi Jepun) merupakan salah seorang daripada raider tersebut, yang bekerja di bawah majikan yang kejam.

Selepas dikhianati dan ditinggalkan untuk mati dalam perangkap yang dipasang oleh satu artifak, Jooheon tiba-tiba terjaga semula di masa lampau… tepatnya 15 tahun sebelum makam atau artifak mula muncul di dunia.

Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun serta pengetahuan tentang masa depan, Jooheon memulakan misi membalas dendam untuk merampas semua artifak di dunia dan merebut gelaran sebagai “Tomb Raider King.”

Siri ini berdasarkan novel web asal karya SAN.G. Adaptasi webtoon ditulis oleh Yuns (REDICE STUDIO), dengan lukisan oleh 3B2S dan reka bentuk watak oleh P-crush.

Tags: animeTomb Raider King
ShareTweetSend
Previous Post

Ingin Jadi Pokémon Trainer? Tarikan Realiti Baru Bakal Datang Mulai 2027!

Next Post

PlayStation Days of Play 2026 – Tawaran Terbaik Untuk Aksesori, Game & Langganan Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun
Acara

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

June 17, 2026
Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake
Remake

Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake

June 17, 2026
AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028
Teknologi

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

June 17, 2026
Next Post
PlayStation Days of Play 2026 – Tawaran Terbaik Untuk Aksesori, Game & Langganan Di Malaysia

PlayStation Days of Play 2026 - Tawaran Terbaik Untuk Aksesori, Game & Langganan Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd