Promosi tahunan PlayStation Days of Play kembali secara rasmi untuk tahun 2026, dengan menawarkan pelbagai diskaun selama dua minggu untuk perkakasan, game fizikal dan digital, serta keahlian langganan. Acara ini telah bermula sejak 27 Mei dan akan berakhir pada 10 Jun 2026, tepat jam 11:59 malam.
Berikut adalah senarai tawaran dan diskaun rasmi yang boleh dinikmati oleh para pemain di Malaysia.
Jimat Duit untuk Perkakasan dan Aksesori
Walaupun tiada diskaun terus untuk konsol PS5 pada tahun ini (susulan pelarasan harga konsol baru-baru ini), Sony menawarkan potongan harga untuk beberapa aksesori serta PlayStation VR2. Antara diskaun promosi yang ditawarkan adalah:
- PlayStation VR2: Diskaun RM 480
- Pulse Elite Wireless Headset: Diskaun RM 180
- DualSense Edge Wireless Controller: Diskaun RM 130
- Standard DualSense Wireless Controllers: Diskaun RM 54 (terpakai untuk warna putih standard dan beberapa varian warna terpilih)
Diskaun Langganan PlayStation Plus
Bagi pemain yang ingin mendaftar atau menaik taraf langganan mereka, keahlian PlayStation Plus selama 12 bulan ditawarkan dengan diskaun sehingga 33% sepanjang tempoh promosi:
- PlayStation Plus Essential (12 Bulan): RM 228.00 (kurang 20% daripada harga biasa RM 285.00)
- PlayStation Plus Extra (12 Bulan): RM 367.50 (kurang 25% daripada harga biasa RM 490.00)
- PlayStation Plus Deluxe (12 Bulan): RM 385.25 (kurang 33% daripada harga biasa RM 575.00)
Ahli sedia ada PlayStation Plus juga boleh menikmati diskaun sebanyak 33% untuk baki tempoh langganan aktif mereka apabila menaik taraf daripada pelan Essential atau Extra kepada pelan Deluxe. Kadar promosi ini hanya sah untuk tempoh 12 bulan pertama sahaja. Selepas tempoh tersebut, yuran langganan akan kembali kepada harga biasa melainkan langganan tersebut dibatalkan.
Tawaran Game Fizikal dan Digital
Melalui kedai yang mengambil bahagian, versi cakera fizikal bagi beberapa game PS5 yang popular (seperti Ghost of Yōtei, Death Stranding 2: On the Beach, Astro Bot, dan Stellar Blade) turut ditawarkan dengan harga potongan.
Bagi mereka yang lebih gemar memuat turun game secara digital, PlayStation Store turut menawarkan pelbagai diskaun digital. Antara game terpilih yang ditawarkan pada harga menarik adalah:
- Stellar Blade: RM 170.43 (harga asal RM 299.00)
- Ghost of Yōtei: RM 212.29 (harga asal RM 299.00)
- Nioh 3: RM 248.50 (harga asal RM 350.00)
- Baldur’s Gate 3: RM 190.27 (harga asal RM 253.70)
- Resident Evil Requiem: RM 191.20 (harga asal RM 239.00)
- Resident Evil 4 Gold Edition: RM 68.16 (harga asal RM 227.21)
- Split Fiction: RM 139.30 (harga asal RM 199.00)
- Clair Obscur: Expedition 33: RM 159.70 (harga asal RM 212.94)
- Forza Horizon 5 Deluxe Edition: RM 149.40 (harga asal RM 249.00)
- Dynasty Warriors Origins: RM 245.00 (harga asal RM 350.00)
- Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties: RM 129.35 (harga asal RM 199.00)
- Dragon Quest VII Reimagined: RM 186.75 (harga asal RM 249.00)
- Battlefield 6: RM 164.45 (harga asal RM 299.00)
- MLB The Show 26: RM 221.26 (harga asal RM 299.00)
- It Takes Two: RM 56.70 (harga asal RM 162.00)
Para pemain boleh menyemak PlayStation Store atau mengunjungi kedai pengedar sah tempatan yang terdekat untuk melihat senarai penuh tawaran yang disediakan.









Discussion about this post