Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ingin Jadi Pokémon Trainer? Tarikan Realiti Baru Bakal Datang Mulai 2027!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2026
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Ingin Jadi Pokémon Trainer? Tarikan Realiti Baru Bakal Datang Mulai 2027!
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokémon Company International telah mengumumkan kerjasama dengan studio multimedia Moment Factory yang berpangkalan di Montreal, serta pemaju hartanah Mitsui Fudosan dari Jepun, untuk melancarkan sebuah tarikan imersif bergerak.

Tarikan ini direka khas bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman sebenar sebagai seorang Pokémon Trainer. Pengalaman ini akan membuat kemunculan sulung di Eropah pada musim bunga (sekitar Mac hingga Mei) 2027 sebelum dibawa ke negara-negara lain di seluruh dunia.

Walaupun maklumat terperinci mengenai tarikan tersebut masih belum didedahkan, pihak penganjur menjanjikan sebuah persekitaran interaktif berskala besar yang menggabungkan ruang fizikal dengan teknologi canggih.

Langkah ini bertujuan untuk menghidupkan dunia Pokémon, termasuk mendorong para peminat untuk berhubung, bermain, dan mengembara bersama-sama secara bersemuka.

Projek ini menggabungkan kepakaran tiga organisasi berbeza. The Pokémon Company menyediakan francais yang terkenal di peringkat global, manakala Moment Factory pula membawa pengalaman selama 25 tahun dalam mencipta persekitaran sensori.

Studio itu amat dikenali melalui pameran berjalan malam “Lumina” (yang mengubah kawasan hutan dan taman botani menggunakan elemen cahaya serta muzik) serta projek projection mapping berprofil tinggi di Notre-Dame Basilica di Montreal dan dewan acara Sphere di Las Vegas.

Info lanjut dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

Tags: Pokémon
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Selepas Era Tekken, Katsuhiro Harada Kongsi Kebebasan Kreatif & Hala Tuju ‘VS Studio’ Di Bawah SNK

Next Post

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd