GSC Movies dan Muse Asia mengesahkan bahawa filem anime ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime the Movie: Tears of the Azure Sea‘ bakal ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi pada bermula 14 Mei 2026 di GSC Cinemas seluruh negara.
Filem ini bukanlah ringkasan cerita daripada siri anime, sebaliknya ia menampilkan jalan cerita serba baharu hasil produksi Studio 8-Bit.
Kisahnya bermula sejurus selepas sambutan penubuhan Tempest Federation. Rimuru bersama pegawai-pegawai kanan Tempest akhirnya berpeluang berehat setelah dijemput oleh Elmesia, iaitu Celestial Emperor dari Sorcerous Dynasty of Thalion, ke pusat peranginan pulau peribadinya.
Namun, percutian santai itu berubah sekelip mata. Mereka bertemu dengan seorang gadis misteri bernama Yura, manakala satu kuasa gelap mula mengancam ketenangan tersebut. Tidak lama kemudian, Rimuru dan rakan-rakannya terpaksa melupakan seketika waktu santai mereka dan bersiap sedia menghadapi ancaman baharu.
Fan Screening Eksklusif
Buat mereka yang tidak sabar, GSC akan mengadakan tayangan khas Fan Screening pada hari Sabtu, 9 Mei 2026, bertempat di GSC Lalaport BBCC.
Bermula jam 4:00 petang, peminat boleh menikmati filem ini pada harga tiket RM 50. Selain menjadi antara orang pertama di Malaysia untuk menonton, setiap pemegang tiket akan membawa pulang set barangan koleksi eksklusif, termasuk:
- Poster A3 edisi terhad.
- Set kad Polaroid eksklusif yang memaparkan watak Rimuru, Benimaru, dan Soei dalam pakaian percutian mereka.









Discussion about this post