Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RF ONLINE NEXT Buka Pra-Daftar – Ikon MMORPG Sci-Fi Bakal Kembali!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, MMO, MMORPG, Mobile, PC, RPG
0 0
0
RF ONLINE NEXT Buka Pra-Daftar – Ikon MMORPG Sci-Fi Bakal Kembali!
Share on FacebookShare on Twitter

Netmarble mengumumkan bahawa pra-pendaftaran global kini dibuka bagi MMORPG yang amat dinantikan, RF ONLINE NEXT.

Sebagai sekuel rasmi kepada RF Online yang pernah mencetuskan fenomena lebih dua dekad lalu, RF ONLINE NEXT masih setia kepada akar umbi asalnya dengan memfokuskan kepada konflik antara puak. Namun, kali ini ia hadir menerusi visual moden serta aksi yang lebih pantas.

Dari segi gameplay, pemain akan menggunakan sistem “Biosuit” yang membolehkan mereka bertukar peranan dan gaya tempur secara fleksibel mengikut situasi di medan perang.

Peminat setia juga pasti akan mengenali senjata mekanikal gergasi seperti MAU (Massive Armored Units), Launcher berat, dan Animus yang hebat… semuanya direka semula untuk generasi kini.

Antara ciri unik yang membezakan RF ONLINE NEXT adalah aspek pergerakannya. Pertempuran tidak lagi terhad di darat; pemain boleh terbang ke langit untuk bertarung secara real-time. Elemen ini menambah lapisan dalam pertarungan besar-besaran “Realm-vs-Realm” (RvR) yang menjadi identiti siri.

Bermula sekarang, pemain boleh mendaftar melalui laman web rasmi atau menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Pemain PC juga tidak dilupakan; pra-pendaftaran boleh dilakukan melalui Netmarble Launcher, manakala pengguna Epic Games Store kini boleh memasukkan game ini ke dalam “wishlist” mereka.

Netmarble turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif buat mereka yang mendaftar awal:

  • Pendaftaran App Store/Google Play: Pemain akan menerima Rare Biosuit Summon Ticket, tiket Uncommon Rover, dan Combat Support Packages yang akan dihantar terus ke mel dalam game selepas pelancaran rasmi.
  • Pendaftaran E-mel (Laman Web Rasmi): Mereka yang mendaftar di laman web rasmi akan mendapat barangan yang lebih berharga, termasuk Epic Rover Flora Summon Chest, kredit dalam game, kit naik taraf, serta pelbagai barangan lain untuk mempercepatkan perkembangan watak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: RF ONLINE NEXT
ShareTweetSend
Previous Post

Teh Tarik dan Onde-Onde Kini ‘Beraksi’ Dalam CookieRun: OvenSmash!

Next Post

Spesis Labah-Labah Baru Di Indonesia Diberi ‘Rathalos inagami’ Daripada Monster Hunter!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Spesis Labah-Labah Baru Di Indonesia Diberi ‘Rathalos inagami’ Daripada Monster Hunter!

Spesis Labah-Labah Baru Di Indonesia Diberi 'Rathalos inagami' Daripada Monster Hunter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd