Netmarble mengumumkan bahawa pra-pendaftaran global kini dibuka bagi MMORPG yang amat dinantikan, RF ONLINE NEXT.
Sebagai sekuel rasmi kepada RF Online yang pernah mencetuskan fenomena lebih dua dekad lalu, RF ONLINE NEXT masih setia kepada akar umbi asalnya dengan memfokuskan kepada konflik antara puak. Namun, kali ini ia hadir menerusi visual moden serta aksi yang lebih pantas.
Dari segi gameplay, pemain akan menggunakan sistem “Biosuit” yang membolehkan mereka bertukar peranan dan gaya tempur secara fleksibel mengikut situasi di medan perang.
Peminat setia juga pasti akan mengenali senjata mekanikal gergasi seperti MAU (Massive Armored Units), Launcher berat, dan Animus yang hebat… semuanya direka semula untuk generasi kini.

Antara ciri unik yang membezakan RF ONLINE NEXT adalah aspek pergerakannya. Pertempuran tidak lagi terhad di darat; pemain boleh terbang ke langit untuk bertarung secara real-time. Elemen ini menambah lapisan dalam pertarungan besar-besaran “Realm-vs-Realm” (RvR) yang menjadi identiti siri.

Bermula sekarang, pemain boleh mendaftar melalui laman web rasmi atau menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Pemain PC juga tidak dilupakan; pra-pendaftaran boleh dilakukan melalui Netmarble Launcher, manakala pengguna Epic Games Store kini boleh memasukkan game ini ke dalam “wishlist” mereka.

Netmarble turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif buat mereka yang mendaftar awal:
- Pendaftaran App Store/Google Play: Pemain akan menerima Rare Biosuit Summon Ticket, tiket Uncommon Rover, dan Combat Support Packages yang akan dihantar terus ke mel dalam game selepas pelancaran rasmi.
- Pendaftaran E-mel (Laman Web Rasmi): Mereka yang mendaftar di laman web rasmi akan mendapat barangan yang lebih berharga, termasuk Epic Rover Flora Summon Chest, kredit dalam game, kit naik taraf, serta pelbagai barangan lain untuk mempercepatkan perkembangan watak.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.









Discussion about this post