Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Teh Tarik dan Onde-Onde Kini ‘Beraksi’ Dalam CookieRun: OvenSmash!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Fighting, iOS, Mobile, Tempatan
0 0
0
Teh Tarik dan Onde-Onde Kini ‘Beraksi’ Dalam CookieRun: OvenSmash!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua aneka kegemaran rakyat Malaysia; Teh Tarik dan Onde-onde telah dimasukkan dalam CookieRun: OvenSmash sebagai item kosmetik eksklusif!

Game terbaru CookieRun: OvenSmash merupakan game aksi pantas multiplayer yang dimainkan secara real-time.

Sejak pelancaran globalnya pada Mac 2026, game ini mencetuskan fenomena apabila mencecah satu juta muat turun dalam masa tiga hari sahaja, malah sempat menduduki tangga teratas carta di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Kini, giliran pemain di Malaysia pula merasai kehebatannya bermula 23 April ini. Sempena pelancaran di rantau ini, pembangun telah menghasilkan barangan khas yang diinspirasikan daripada budaya tempatan. Untuk pasaran Malaysia, tumpuan utama diberikan kepada item bertemakan Teh Tarik dan Onde-onde.

Rekaan bagi kedua-dua item ini memang sangat teliti. Untuk Teh Tarik, ia menampilkan gaya ‘ikat tepi’ yang cukup ikonik dengan rakyat kita, siap dengan tali rafia. Manakala bagi Onde-onde pula, ia diolah mengikut rupa asal kuih tersebut yang berwarna hijau pandan dan berinti gula melaka, dijadikan aksesori comel.

Game ini dibangunkan oleh Devsisters, studio yang cukup terkenal dengan watak-watak biskut yang comel. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2009, siri CookieRun sudah pun mengumpul lebih 300 juta pemain global.

Malah, jenama ini bukan calang-calang kerana pernah bekerjasama dengan nama besar seperti kumpulan K-pop BTS, filem muzikal Wicked, dan fenomena Demon Hunters.

Sejak pendaftaran awal dibuka pada Mac lalu, lebih satu juta pemain dari rantau Asia Tenggara telah mendaftar. Sebagai tanda terima kasih, pihak pembangun mengumumkan bahawa item kosmetik Teh Tarik akan diberikan secara percuma kepada semua pemain.

Untuk muat turun, tekan SINI.

Tags: CookieRun: OvenSmash
ShareTweetSend
Previous Post

Control Ultimate Edition Tersedia iOS App Store – Pengalaman Konsol Dalam Genggaman!

Next Post

RF ONLINE NEXT Buka Pra-Daftar – Ikon MMORPG Sci-Fi Bakal Kembali!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
RF ONLINE NEXT Buka Pra-Daftar – Ikon MMORPG Sci-Fi Bakal Kembali!

RF ONLINE NEXT Buka Pra-Daftar - Ikon MMORPG Sci-Fi Bakal Kembali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd