Penemuan terbaharu pada sistem dalaman Steam memberi petanda bahawa Valve kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan alat “pemantauan harga 30 hari” bagi pengguna di seluruh dunia. Langkah ini dilihat bakal memberikan ketelusan harga yang lebih jelas terus di platform mereka.
Info ini mula dikesan oleh dataminer SigaTbh melalui SteamDB sebelum dikongsikan oleh komuniti LambdaGen. Berdasarkan kod yang bocor itu, halaman Steam mungkin akan memaparkan label “30-day low” (harga terendah dalam 30 hari) atau carta yang menunjukkan sejarah turun naik harga sesebuah game sepanjang bulan lalu.
Dengan adanya fungsi ini, pemain boleh menilai sendiri sama ada promosi yang sedang berlangsung benar-benar berbaloi berbanding harga sebelumnya, tanpa perlu lagi menyemak laman web pihak ketiga.
Comment
by u/Dapper_Order7182 from discussion
in Steam
Meskipun ramai yang menantikan waktu sale untuk memborong game, fungsi utama alat ini sebenarnya lebih kepada aspek perlindungan pengguna.
Ia bertujuan membanteras taktik pemasaran yang licik; di mana harga asal dinaikkan secara tiba-tiba, kemudian “didiskaunkan” semula ke harga asal seolah-olah ia satu tawaran yang hebat.

Melalui paparan rekod harga 30 hari ini, taktik diskaun yang mengelirukan tidak akan mudah terlepas daripada pandangan pembeli. Sebagai contoh, jika sebuah game diiklankan dengan potongan 50% tetapi harganya sebenarnya jauh lebih murah dua minggu sebelumnya, anda akan tahu serta-merta.
Selain itu, ia memudahkan gamer mengesan corak jualan; contohnya, jika sesebuah pembangun game gemar memberikan diskaun pada minggu tertentu, anda boleh merancang masa pembelian dengan lebih bijak untuk lebih jimat.

Walaupun tarikh pelancaran rasmi untuk peringkat global masih belum diumumkan, kemunculan kod ini dalam sistem memberi petanda bahawa ciri ini akan tiba tidak lama lagi.









Discussion about this post