Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Cat Sertai Marvel Rivals – Apa Anda Perlu Tahu Tentang Season 7.5?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Black Cat Sertai Marvel Rivals – Apa Anda Perlu Tahu Tentang Season 7.5?
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games dan Marvel Games telah mendedahkan maklumat lanjut bagi Marvel Rivals Season 7.5 yang bertajuk “The Hunt is On.”

Bakal dilancarkan esok, 17 April, kemas kini ini membawakan anti-hero kegemaran ramai ke dalam senarai hero, mod PvE yang besar, serta berita gembira buat pemain PC yang ingin menjimatkan ruang storan.

Black Cat Masuk ke Arena

Felicia Hardy… atau lebih dikenali sebagai Black Cat yang menyertai game sebagai Duelist terbaru.

Black Cat bukan sahaja watak dengan ofensif tinggi; kelebihannya tertumpu kepada kelincahan dan mekanik “Fortune”. Di medan lawan, dia bertindak seperti ‘infiltrator’ dengan menggunakan kebolehan double-jump dan memanjat dinding untuk mencari kedudukan strategik.

‘Grappling hook’ miliknya membolehkan dia terjun ke tengah pertarungan, mencuri “Fortune” daripada musuh untuk menguatkan dirinya, dan kemudian melarikan diri sebelum sempat diserang balas.

Apa yang membuatkan dia unik adalah mekanik “Gilded Saint.” Dengan menukarkan Fortune yang dicuri, dia boleh mengeluarkan artifak dari bilik simpanan New York Thieves Guild.

Barang-barang ini (seperti Ring of Zona atau Mento-Fish milik Namor) bukan sahaja membantu dirinya sendiri, malah memberikan kelebihan kepada seluruh pasukan, menjadikannya ‘wildcard’ yang berbahaya dalam setiap perlawanan.

Kehadiran Black Cat turut memperkenalkan “Team-Up Ability” baharu bertajuk Lucky Loan. Apabila digandingkan bersama Captain America dan White Fox, Black Cat akan bertindak sebagai “luck anchor”.

  • Captain America: Perisai Vibranium miliknya akan menjadi lebih luas dan mampu memantulkan peluru musuh dengan tepat ke arah sasaran.
  • White Fox: Dia mendapat nyawa tambahan yang boleh dilepaskan dalam bentuk ekor musang spektral. Ekor ini secara automatik akan menyembuhkan rakan sepasukan dan memperlahankan pergerakan musuh.

Mod PvE “Blood Hunt”

Marvel Rivals Season 7.5 akan memperkenalkan “Blood Hunt,” iaitu mod PvE serba baharu. Bukan sekadar peta ‘wave-defense’ biasa; ia mempunyai jalan cerita tersendiri, empat pertarungan Boss, dan sistem loot segar.

Pemain boleh meningkatkan level melalui sistem hero trait yang membolehkan pengubahsuaian sambil menentang cabaran paling sukar dalam Marvel Multiverse.

Kepulangan Hellfire Gala

Turut tiba ialah acara Hellfire Gala 2026. Acara ini membawakan kostum untuk watak Magik, Gambit, Moon Knight, Emma Frost, dan Phoenix.

Pihak pembangun juga ingin menghargai komuniti: kostum “Gala Star” untuk Emma Frost (pemenang undian komuniti tahun lepas) akan diberikan secara percuma kepada semua pemain. Bermula minggu hadapan, pemain boleh mengundi sekali lagi untuk menentukan hero mana yang akan menerima kostum eksklusif percuma untuk Gala 2027.

Laluan ke Doomsday

Acara “Path to Doomsday” akan bermula pada 30 April. Ia memperkenalkan mod asymmetrical di mana pemain boleh memilih untuk menjadi Loki atau menentangnya di Times Square.

Pelarasan Teknikal

Pihak pembangun telah mengoptimumkan klien PC. ‘High-Resolution Texture Pack’ kini diasingkan sebagai DLC pilihan. Walaupun ia akan dimuat turun secara automatik, pemain kini boleh memilih untuk memadamkan pek tersebut bagi menjimatkan sekitar 35GB ruang storan tanpa mengganggu kelancaran gameplay.

Marvel Rivals kini boleh didapati untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

GTA Online Masih “Lubuk Emas”, Kutip $1 Juta Sehari Walau Sudah 13 Tahun!

Next Post

Nak Beli Game Steam? Ciri Baru Ini Bantu Kenal Pasti ‘Diskaun’ Sebenar Atau Palsu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Nak Beli Game Steam? Ciri Baru Ini Bantu Kenal Pasti ‘Diskaun’ Sebenar Atau Palsu!

Nak Beli Game Steam? Ciri Baru Ini Bantu Kenal Pasti 'Diskaun' Sebenar Atau Palsu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd