Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA Online Masih “Lubuk Emas”, Kutip $1 Juta Sehari Walau Sudah 13 Tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2026
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
GTA Online Masih “Lubuk Emas”, Kutip $1 Juta Sehari Walau Sudah 13 Tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut maklumat yang baru dibocorkan, Grand Theft Auto Online (GTA Online) masih membawa masuk jumlah wang yang sangat besar buat Rockstar Games walaupun sudah hampir 13 tahun dikeluarkan; dengan menjana purata pendapatan lebih $1 juta setiap hari.

Data ini terbongkar selepas kumpulan yang dikenali sebagai “ShinyHackers” menceroboh server peribadi Rockstar pada 11 April lepas. Walaupun ramai peminat mengharapkan berita tentang GTA 6, penggodam tersebut sebaliknya mendedahkan lambakan dokumen kewangan. Rockstar sendiri telah mengesahkan pencerobohan data tersebut.

Pendapatan “Tujuh Angka” Setiap Hari

Dokumen itu memantau pendapatan Rockstar dari September 2025 sehingga April 2026. Dalam tempoh tujuh bulan tersebut, GTA Online berjaya mengutip purata pendapatan mingguan sebanyak $9,592,109. Jika dikira secara harian, Rockstar memperoleh sekitar $1.37 juta sehari.

Bagaimanapun, jumlahnya tidaklah sentiasa sama setiap minggu. Data menunjukkan ada minggu-minggu tertentu yang jauh lebih menguntungkan. Minggu paling tinggi pernah dicatatkan adalah sebanyak $27,889,761. Berdasarkan trend semasa, mod multiplayer ini dijangka mampu meraih hampir $500 juta setahun.

Apa yang lebih mengejutkan dalam kebocoran ini adalah betapa sedikitnya pemain yang sebenarnya mengeluarkan duit. Data menunjukkan walaupun sekitar sembilan juta pemain main setiap minggu, hanya kira-kira 393,000 daripada mereka yang benar-benar berbelanja.

Ini bermakna kumpulan kecil “elit” (hanya 4% daripada jumlah keseluruhan pemain) yang bertanggungjawab memastikan ekonomi game ini bertahan.

Sebahagian besar wang tersebut datang daripada Shark Cards (mata wang maya dalam game), yang menyumbang lebih $7.3 juta kepada pendapatan mingguan. Selebihnya datang daripada perkhidmatan langganan “GTA+”, yang membawa masuk kira-kira $2.2 juta seminggu.

Angka-angka ini menjelaskan mengapa Rockstar tidak terburu-buru membangunkan GTA 6. Sedangkan game berusia 13 tahun masih mampu menjana setengah bilion dolar setahun, studio tersebut tidak berdepan sebarang tekanan kewangan untuk menyiapkan projek seterusnya dengan tergesa-gesa.

Tags: GTA Online
ShareTweetSend
Previous Post

Godzilla Minus Zero – Teaser Pertama Didedahkan, Godzilla Menuju Ke New York!

Next Post

Black Cat Sertai Marvel Rivals – Apa Anda Perlu Tahu Tentang Season 7.5?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Black Cat Sertai Marvel Rivals – Apa Anda Perlu Tahu Tentang Season 7.5?

Black Cat Sertai Marvel Rivals - Apa Anda Perlu Tahu Tentang Season 7.5?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd