Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Godzilla Minus Zero – Teaser Pertama Didedahkan, Godzilla Menuju Ke New York!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 15, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Godzilla Minus Zero – Teaser Pertama Didedahkan, Godzilla Menuju Ke New York!
Share on FacebookShare on Twitter

Pengarah Takashi Yamazaki baru-baru ini mendedahkan info pertama bagi sekuel yang amat dinanti-nantikan, Godzilla Minus Zero.

Teaser tersebut mengesahkan bahawa garis masa filem ini bermula pada tahun 1949, tepat dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama.

Jika sebelum ini kita melihat kepayahan Jepun untuk bangkit semula daripada kemusnahan Perang Dunia Kedua, sekuel kali ini memaparkan keluarga Shikishima yang terpaksa berhadapan dengan “malapetaka baharu” ketika mereka baru sahaja mahu memulakan kehidupan aman.

Dua bintang utamanya turut disahkan kembali; Ryunosuke Kamiki akan memegang semula watak sebagai bekas juruterbang kamikaze, Koichi Shikishima, manakala Minami Hamabe sekali lagi akan menghidupkan watak Noriko Oishi.

Rakaman yang ditayangkan di CinemaCon memberikan gambaran tentang kehidupan mereka selepas tahun 1947. Dalam satu babak, Noriko dilihat sedang menenangkan anak angkatnya, Akiko. Namun, apa yang menarik perhatian adalah mata Noriko yang masih berbalut (merujuk terus kepada kecederaan yang dialaminya dalam filem sebelum ini).

Selain itu, Shikishima kembali semula di dalam kokpit pesawat, mengemudi ruang udara sambil menunjukkan pemandangan bandar yang telah hancur luluh.

Kejutan paling besar dalam teaser ini muncul di penghujung video. Selepas memaparkan babak Godzilla muncul dari dasar laut dan menjatuhkan sebuah pesawat, kamera beralih arah untuk menunjukkan Statue of Liberty. Sebelum skrin menjadi gelap, susuk tubuh gergasi Godzilla sedang menghampiri perairan New York Harbor.

Filem Godzilla Minus Zero akan membuat tayangan perdana di Jepun pada 3 November 2026, iaitu tarikh keramat “Godzilla Day.” Walaupun tarikh tayangan antarabangsa masih belum dimuktamadkan, pihak Toho memberi jaminan bahawa berita mengenai tayangan global akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Tags: Godzilla Minus Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Koleksi Khas ‘The Super Mario Galaxy Movie UT’ Boleh Didapati Sekarang Di Malaysia!

Next Post

GTA Online Masih “Lubuk Emas”, Kutip $1 Juta Sehari Walau Sudah 13 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC
Review

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC

August 20, 2026
Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine
Temuramah

“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine

August 20, 2026
Next Post
GTA Online Masih “Lubuk Emas”, Kutip $1 Juta Sehari Walau Sudah 13 Tahun!

GTA Online Masih "Lubuk Emas", Kutip $1 Juta Sehari Walau Sudah 13 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd