Nampaknya Epic mahu membuat kelainan minggu ini dengan menawarkan lebih banyak game percuma. Khususnya, game psychological survival horror Together After Dark kini percuma di Epic Games Store, lantas memberi peluang kepada pemain untuk merasai pengalaman co-op yang menyeramkan tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun.
Biasanya dijual pada harga RM 5.99, ia kini boleh dimuat turun secara percuma sehingga 5 April 2026, jam 5:59 petang.

Apa itu Together After Dark?

Secara ringkas, Together After Dark ialah game co-op empat pemain yang membuatkan kita rasa seperti berada di dalam filem seram bertema “found footage”. Pemain dan tiga orang rakan akan membawa watak sekumpulan remaja yang terperangkap di dalam sebuah hutan tebal yang gelap gelita.
Game ini menggunakan penapis kamera gaya retro untuk meniru rupa rakaman video lama, yang menaikkan lagi rasa cemas ketika anda meredah laluan berbahaya dengan hanya bergantung kepada cahaya lampu dari peralatan anda. Menurut kata pembangun, hutan ini dihuni oleh sejenis “kuasa jahat” yang tidak mahu anda keluar dari situ.

Berbeza dengan kebanyakan game seram lain, Together After Dark lebih fokus kepada elemen survival dan stealth. Matlamat utama anda adalah untuk mencari jalan keluar dari hutan itu, tetapi ada syaratnya: anda mesti melepaskan diri tanpa dikesan.
Gameplay sangat bergantung kepada semangat setiakawan. Anda perlu mengharapkan rakan-rakan untuk menyelesaikan teka-teki, mencari jalan dalam kegelapan, dan memberi amaran sesama sendiri tentang kejadian paranormal.

Walaupun RM 5.99 sebelum ini adalah harga yang sangat rendah untuk dikongsi bersama empat rakan, kini anda boleh mengajak seluruh “squad” bermain secara percuma. Cuma pastikan anda masukkan game ini ke dalam library sebelum tempoh promosi berakhir pada 5 April nanti.








Discussion about this post