Pembangun permainan video tersohor dari Korea Selatan, SHIFT UP (yang melonjak naik menerusi game aksi popular Stellar Blade) telah mengumumkan pengambilalihan penuh UNBOUND. Studio yang berpangkalan di Tokyo ini merupakan syarikat yang diasaskan oleh tokoh legenda dalam industri gaming, Shinji Mikami.
Mengimbas semula latar belakangnya, UNBOUND ditubuhkan oleh Mikami pada November 2022 sejurus selepas beliau meninggalkan Tango Gameworks. Sejak hari pertama, studio ini telah memberikan fokus sepenuhnya kepada pembangunan harta intelek (IP) asli untuk platform PC dan konsol yang menyasarkan pemain di peringkat global.
Melalui perjanjian ini, SHIFT UP akan menyerap seluruh pasukan pembangunan UNBOUND ke dalam operasi syarikat mereka. Pengambilalihan ini merupakan langkah bagi SHIFT UP untuk memperkasakan lagi barisan penghasilan game bajet tinggi bertaraf “triple-A”.
Selain itu, SHIFT UP juga bakal menguruskan sendiri segala urusan penerbitan bagi projek-projek masa depan UNBOUND.
It is a profound honor to work alongside the top-tier creative team at Unbound.
— Kim Hyung Tae, 김형태, キム・ヒョンテ (@jamm3rd) April 1, 2026
I am deeply moved to support the visionaries behind the legendary games I’ve cherished my whole life, especially a project directed by Shinji Mikami himself. We are currently preparing a diverse… pic.twitter.com/qSbpjP1Zg3
CEO SHIFT UP, Hyung-Tae Kim, meluahkan rasa bangganya terhadap kerjasama ini dan mengakui pengaruh besar yang dibawa oleh Mikami.
Beliau menyifatkan penyatuan dengan UNBOUND sebagai satu pencapaian, memandangkan Shinji Mikami mempunyai rekod kecemerlangan yang terbukti menerusi karya ikonik seperti Resident Evil dan Devil May Cry.
Here's a closer look at the creature that appeared in the recent announcement video.
— SHIFT UP (@SHIFTUP_Corp) April 1, 2026
What would you even call something like that? pic.twitter.com/ATpdmKV3kW
Bagi para peminat, ini merupakan petanda positif bahawa projek besar pertama UNBOUND (yang telah dibangunkan secara rahsia selama hampir tiga tahun) kini akan mendapat sokongan kewangan dan kuasa penerbitan yang lebih besar menerusi SHIFT UP.









Discussion about this post