Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 Terima Expansion Cerita Pertama! Vault Hunter Baharu & Dunia Beku Menanti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2026
in Artikel, Berita, BL4, DLC, DLC berbayar, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 Terima Expansion Cerita Pertama! Vault Hunter Baharu & Dunia Beku Menanti!
Share on FacebookShare on Twitter

2K dan Gearbox Software rasmi melancarkan story expansion pertama untuk Borderlands 4. Bertajuk “Mad Ellie and the Vault of the Damned,” ia merupakan penambahan terbesar untuk looter-shooter ini sejak pelancarannya.

Expansion berbayar ini memperkenalkan C4SH the Rogue, bekas robot kasino yang memenangi satu dek kad ajaib dalam permainan poker dan kini menggunakannya untuk melepaskan kuasa ghaib terhadap musuh-musuhnya.

Bagi naratif, kandungan baharu berkisar tentang Ellie, mekanik yang pernah muncul dalam siri Borderlands sebelum ini sebagai anak kepada Moxxi. Kali ini, dia mengetuai serangan menentang ancaman kosmik berbahaya di planet Kairos.

Pemain akan bekerjasama dengan Ellie untuk memusnahkan sebuah monumen alien dan menceroboh masuk ke dalam Vault of the Damned, sambil merentasi zon Whispering Glacier yang penuh bahaya.

Pemain juga akan berdepan dengan Kraggon dan Scav sambil memburu dua boss utama dan 16 mini-boss yang tersebar di seluruh zon. Sesiapa yang membeli expansion ini boleh terus melompat ke kandungan baharu dengan watak baru bermula pada level 13.

Expansion ini turut dipenuhi ganjaran untuk completionist. Ada 31 cosmetic item baharu untuk dikumpul, 18 Legendary gear, dan tiga senjata Pearlescent baharu.

Selain expansion berbayar ini, Gearbox turut melancarkan update percuma yang membawa Borderlands 4 ke version 1.5. Update ini merangkumi dua penambahbaikan besar yang boleh diakses oleh semua pemain, walaupun tanpa membeli DLC.

Pertama, level cap telah dinaikkan daripada 50 kepada 60. Kedua, update ini menambah Shared Character Progression. Sistem ini membolehkan pemain membuka peta, collectible, SDU token, Hover Drive, cosmetic, dan kemajuan aktiviti sekali sahaja untuk keseluruhan akaun.

Apabila mencipta watak baharu, anda tidak perlu mengumpul semula semua yang telah ditemui dengan Vault Hunter lain.

Melihat ke hadapan, Gearbox telah menggariskan roadmap untuk 2026 yang merangkumi kandungan percuma dan berbayar. Syarikat itu mengesahkan bahawa aktiviti endgame baharu sedang dalam pembangunan, walaupun butiran khusus masih belum diumumkan.

“Mad Ellie and the Vault of the Damned” merupakan yang pertama daripada dua story expansion yang dirancang untuk Borderlands 4, manakala expansion kedua masih belum didedahkan.

DLC ini disertakan bersama Super Deluxe Edition dan Vault Hunter Pack, tetapi juga boleh dibeli secara berasingan. Base game diperlukan untuk memainkan kandungan expansion ini.

Borderlands 4 kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Pemain boleh mendapatkan maklumat lanjut dan kemas kini terbaru di laman web rasmi Borderlands dan saluran media sosial permainan ini.

Tags: Borderlands 4DLC
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Jumpa Pikachu! Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang April 2026!

Next Post

Infinity Nikki – Update Version 2.4 Tampil Lebih Gelap Dengan Jalan Cerita Time-Loop!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Infinity Nikki – Update Version 2.4 Tampil Lebih Gelap Dengan Jalan Cerita Time-Loop!

Infinity Nikki - Update Version 2.4 Tampil Lebih Gelap Dengan Jalan Cerita Time-Loop!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd