Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Jumpa Pikachu! Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang April 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2026
in Artikel, Berita, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Jom Jumpa Pikachu! Inilah Lokasi & Tarikh “Pokémon Truck” Sepanjang April 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda perasan sebuah trak Pokémon lalu-lalang di jalan raya, memang betul apa yang anda lihat. Pokémon Truck sedang dalam misi mengelilingi Malaysia, dan sepanjang bulan April ini, trak tersebut akan berhenti di beberapa pusat beli-belah popular di kawasan Lembah Klang.

Jelajah ini telah bermula sejak 5 Mac lalu dan merupakan kerjasama istimewa bersempena dengan pelancaran Pokémon Pokopia. Buat peminat di Malaysia, anda boleh mencuba “Pokémon Pokopia” di Nintendo Switch 2 secara langsung.

Kalau ingin sertai, berikut adalah segala maklumat penting yang diperlukan.

Jadual April 2026: Ke Mana Trak Ini Akan Pergi?

Setiap hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), Pokémon Truck akan berhenti di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang. Bagi yang tidak dapat hadir pada hujung minggu, jangan kecewa. Trak ini turut bergerak di sekitar Lembah Klang dari Isnin hingga Rabu semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi seterusnya. Jadi, jangan terkejut kalau anda terserempak dengannya di jalan raya!

  • 3 – 5 April: Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang
  • 10 – 12 April: LaLaport BBCC
  • 17 – 19 April: The Starhill, Bukit Bintang
  • 24 – 26 April: IOI City Mall, Putrajaya

Apa Yang Ditawarkan di Dalam Trak?

  • Pengalaman Hands-on Nintendo Switch 2
    • Pengunjung berpeluang untuk mencuba Nintendo Switch 2 dengan sendiri.
  • Zon Foto Pokopia
    • Sebuah ruang bergambar bertema “Pokopia” turut disediakan khas untuk mereka yang mahu meriahkan laman media sosial masing-masing.
  • Jumpa Pikachu
    • Tak lengkap rasanya acara Pokémon tanpa kehadiran maskot kesayangan semua! Pikachu bakal muncul untuk sesi “Meet & Greet” bersama peminat. Walau bagaimanapun, kemunculan Pikachu hanya dijadualkan pada hujung minggu tertentu sahaja.
  • Hadiah Percuma
    • Peminat juga berkesempatan membawa pulang sun visor eksklusif Pokémon Pokopia secara percuma. Pemberian hadiah ini adalah atas dasar siapa cepat dia dapat.

Maklumat Acara

  • Tempoh: Kini sehingga 4 Jun 2026
  • Harga: Kemasukan percuma

Tags: Pokémon Truck
ShareTweetSend
Previous Post

Island of Hearts Rasmi Di Steam – Game Dating Live-Action Dengan Influencer Asia Sebenar!

Next Post

Borderlands 4 Terima Expansion Cerita Pertama! Vault Hunter Baharu & Dunia Beku Menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Borderlands 4 Terima Expansion Cerita Pertama! Vault Hunter Baharu & Dunia Beku Menanti!

Borderlands 4 Terima Expansion Cerita Pertama! Vault Hunter Baharu & Dunia Beku Menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd