Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’ Buka Pintunya Bermula Mac 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 16, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, Steam
0 0
0
Game Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’ Buka Pintunya Bermula Mac 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas fasa menunggu yang agak lama dan penangguhan seketika demi memastikan kualiti game berada pada tahap terbaik, Netmarble akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi projek open-world action RPG ‘The Seven Deadly Sins: Origin‘. Game ini bakal dikeluarkan di seluruh dunia bermula bulan hadapan.

🎉 <The Seven Deadly Sins: Origin> Launch Date Revealed! 🎉

Together We Run, Bound by Destiny✨
At last, the magnificent prologue to your great journey begins, Star Guardians!

🗓️ Play Earlier on PS5® & Steam: March 16 (Mon), 2026
📌 Grand Launch: March 23 (Mon), 2026

Check… pic.twitter.com/ALsc7XKTSI

— The Seven Deadly Sins: Origin (@7DSO_EN) February 12, 2026

Mengikut jadual pelancaran, pemain PlayStation 5 dan PC (melalui Steam) akan mendapat akses awal pada 16 Mac 2026. Manakala bagi komuniti pemain peranti mobile, anda hanya perlu menunggu seminggu sahaja lagi sebelum versi iOS dan Android dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac.

Francais ini sememangnya mempunyai pengaruh besar dengan jualan manga mencecah 55 juta unit secara global. Namun, Origin tidak akan mengulang kisah lama yang pernah dilihat sebelum ini. Sebaliknya, game ini membawakan naratif baharu, memfokuskan kepada pengembaraan Prince Tristan, iaitu anak kepada Meliodas dan Elizabeth.

Jalan ceritanya bermula apabila benua Britannia dilanda huru-hara berpunca daripada fenomena misteri “pertembungan ruang dan masa.” Melalui konsep multiverse ini, pemain berpeluang membentuk pasukan yang merangkumi watak-watak popular daripada siri asal dan, selain bertemu dengan beberapa wira baharu yang dicipta khas dan muncul buat pertama kali dalam judul ini.

Bertindak sebagai pewaris kepada game mobile popular Grand Cross, Origin berevolusi menjadi sebuah dunia 3D open-world dan boleh diteroka sepenuhnya. Pemain diberikan kebebasan untuk merayau di lokasi-lokasi ikonik yang diadaptasi terus daripada anime, namun tarikan game ini bukan terhad kepada aksi berlawan semata-mata.

Selain berlawan raksasa gergasi atau meredah dungeon yang penuh rahsia, ada pelbagai aktiviti santai yang boleh dilakukan oleh pemain. Netmarble telah memasukkan elemen life-sim seperti aktiviti memancing, memasak, dan eksplorasi bebas bagi menghidupkan lagi suasana permainan.

Semua ciri ini direka agar pemain dapat menyelami kehidupan di dunia Britannia bersama watak kegemaran masing-masing.

Tags: The Seven Deadly Sins: Origin
ShareTweetSend
Previous Post

Kena: Scars of Kosmora – Projek Indie Tajaan PlaySation Menerima Sekuel Pada 2026!

Next Post

Genshin Impact – Update Luna V Akan Datang 25 Februari, Membawa Masuk Grand Master Varka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Genshin Impact – Update Luna V Akan Datang 25 Februari, Membawa Masuk Grand Master Varka!

Genshin Impact - Update Luna V Akan Datang 25 Februari, Membawa Masuk Grand Master Varka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd