Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wildlight Entertainment Hentikan Majoriti Staf Hanya Dua Minggu Selepas Pelancaran Highguard!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 12, 2026
in Artikel, Berita, Industri, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Wildlight Entertainment Hentikan Majoriti Staf Hanya Dua Minggu Selepas Pelancaran Highguard!
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya 17 hari selepas melancarkan game sulung mereka ‘Highguard‘, Wildlight Entertainment telah mengesahkan pemberhentian kerja secara besar-besaran, sekali gus meletakkan masa depan game shooter ini ke baki kumpulan kecil pekerja.

Today we made an incredibly difficult decision to part ways with a number of our team members while keeping a core group of developers to continue innovating on and supporting the game.

We're proud of the team, talent, and the product we've created together. We're also grateful…

— Wildlight Entertainment (@WildlightEnt) February 12, 2026

Dalam kenyataan rasmi, pihak studio mendakwa mereka melepaskan “sebilangan” ahli pasukan sambil mengekalkan kumpulan penting untuk terus menyokong game tersebut.

“Kami berbangga dengan pasukan, bakat, dan produk yang telah kami hasilkan bersama,” kata studio itu. “Kami juga berterima kasih kepada para pemain yang telah mencuba game ini, serta mereka yang terus menjadi sebahagian daripada komuniti kami.”

Bagaimanapun, realiti sebenar nampaknya jauh lebih serius daripada apa yang digambarkan melalui istilah “sebilangan kakitangan.” Alex Graner, bekas level designer di Wildlight, berkongsi perspektif di LinkedIn dengan menyatakan bahawa dia diberhentikan bersama “sebahagian besar pasukan.”

Ini menunjukkan bahawa “kumpulan penting” yang disebut oleh pihak pengurusan mungkin jauh lebih kecil daripada apa yang diharapkan oleh para pemain.

Berita ini pasti sangat mengejutkan. Highguard ialah sebuah game free-to-play tactical first-person shooter yang dilancarkan pada 26 Januari 2026, selepas didedahkan di The Game Awards pada Disember lalu.

Studio itu sendiri diasaskan oleh barisan veteran bekas pembangun Respawn Entertainment, termasuk individu penting di sebalik Titanfall dan Apex Legends. Memandangkan reputasi hebat tersebut, jangkaan terhadap Highguard adalah sangat tinggi.

Walaupun game ini dipuji kerana pergerakannya yang lancar dan mekanik gunplay yang kemas semasa pelancaran, pasaran live-service moden sememangnya sangat padat.

Melancarkan harta intelek baharu dalam ruang free-to-play memerlukan sumber yang sangat besar untuk kemas kini jangka panjang, dan pemberhentian kerja hari ini menunjukkan bahawa jumlah pemain awal atau hasil pendapatan mungkin tidak mencapai sasaran yang diperlukan untuk menyara pasukan pembangunan yang besar.

Buat masa ini, Wildlight menyatakan mereka kekal komited untuk “terus berinovasi dan menyokong” Highguard dengan kakitangan yang masih ada.

Tags: HighguardWildlight Entertainment
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo II: Resurrected Hadir Ke Steam Bersama Expansion ‘Reign of the Warlock!’

Next Post

Filem Seram ‘Iron Lung’ Ciptaan Markiplier Bakal Datang Ke Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Filem Seram ‘Iron Lung’ Ciptaan Markiplier Bakal Datang Ke Pawagam Malaysia!

Filem Seram ‘Iron Lung’ Ciptaan Markiplier Bakal Datang Ke Pawagam Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd