Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Version 2.6 Tiba 6 Februari: Watak Baharu & Ganjaran Lumayan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero Version 2.6 Tiba 6 Februari: Watak Baharu & Ganjaran Lumayan!
Share on FacebookShare on Twitter

Zenless Zone Zero (ZZZ) bakal menerima kemas kini besar seterusnya, Version 2.6, pada 6 Februari ini. Bertajuk “Encore for an Old Dream,” kemas kini ini bakal menampilkan kumpulan idol, Angels of Delusion.

Sunna dan Aria

Tarikan utama Zenless Zone Zero Version 2.6 adalah pengenalan dua Agent baharu:

  • Sunna (S-Rank Physical Support): Sunna direka khas untuk menguatkan pasukan yang memfokuskan kepada Attack dan Anomaly. Dia bertarung bersama temannya, Bubblegum, yang akan menandakan “Cat’s Gaze” pada musuh. Apabila diletupkan, tanda ini akan memberikan damage dan menimbulkan buff serangan yang kuat untuk seluruh skuad. Ultimate miliknya pula adalah ayunan tukul gergasi yang mengaktifkan Quick Assist, menjadikan rotation ahli pasukan jauh lebih lancar.

Agent Mechanics Intro | Sunna

The update is almost complete…
Combat-related information for Agent Sunna has been recorded in the database. Key content analysis complete, please take a look.

"I—I—It's okay! I promise I won't slow you down!"#zzzero #zenlesszonezero#Sunna… pic.twitter.com/IXhirxnOso

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) February 1, 2026
  • Aria (S-Rank Ether Anomaly): Selaku vokalis utama kumpulan tersebut, Aria memperkenalkan mekanik “dual-form”. Dia boleh bertukar antara bentuk construct dan idol projection. Aria pakar dalam memberikan burst damage terhadap musuh yang sudah terkena ‘Attribute Anomalies’ dan amat sesuai buat pemain yang gemar gaya pertarungan berhadapan.

All-New Agents

S-Rank Agent Aria (Ether – Anomaly) Gameplay Showcase#zzzero #zenlesszonezero#zzzSpecialProgram#EncoreforanOldDream#AOD #Aria pic.twitter.com/7zh5qC7n1t

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) January 30, 2026

Kedua-dua Sunna dan Aria akan dilancarkan bersama kostum baharu. Bagi melengkapkan banner kali ini, agent S-Rank Yixuan (Auric Ink – Rupture) and Yuzuha (Physical – Support) juga akan kembali dalam banner rerun.

Acara-Acara Khas

Acara utama, “A Harmony of Delusions,” menjemput pemain menjadi kakitangan belakang pentas yang menyokong Angels of Delusion. Anda akan bertanggungjawab mengurus jadual latihan, kehadiran di media sosial, dan cabaran berasaskan irama. Acara ini juga menambah “Marcel Adventure” dengan peta dan mekanik baharu.

Angels of Delusion丨Join us and let your wildest delusions run free ❤ pic.twitter.com/Xp198Rjnhz

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) January 29, 2026

Bagi mereka yang mencari cabaran lawan, Hollow Zero bakal menerima pengembangan besar dikenali sebagai Operation Matrix. Mod ini menampilkan peringkat mingguan yang sentiasa berubah, di mana pemain boleh membawa pasukan yang terdiri daripada tiga agent utama, seorang Bangboo, dan slot ejen tambahan (Auxiliary agent). Untuk memudahkan proses “grinding”, fungsi “Sweep” akhirnya ditambah bagi membolehkan pemain menyelesaikan kandungan dan mengumpul ganjaran dengan jauh lebih pantas.

Ganjaran Besar dan Gilded Carrot Day

Bermula hari ini, acara khas Inter-Knot Membership membolehkan pemain mula mengumpul ganjaran melalui aktiviti harian, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,300 Polychrome hanya dengan log masuk.

"Inter-Knot Membership Surprise Supply" Event Details

Event Duration
2026/01/30 20:30 (UTC+8) – End of Version 2.6

Requirements
Reach Inter-Knot Lv. 5, and unlock the Event feature in the Main Story Prologue "The Hare and the Proxy"

Event Details
• During the event, complete… pic.twitter.com/Owl5Ytc8kZ

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) January 30, 2026

Walau bagaimanapun, tarikan paling utama adalah acara “Gilded Surprise, Wonderful Boo-ns” yang berlangsung dari 14 Februari hingga 23 Februari. Sepanjang tempoh ini, pemain boleh menyertai cabutan bertuah harian untuk berpeluang memenangi sebahagian daripada tabung hadiah 4 bilion Polychrome.

Kemas kini tambahan termasuk:

  • Penambahbaikan untuk Lycaon dan Harumasa.
  • Kostum baharu untuk Pan Yinhu, tersedia melalui acara masa terhad.
  • Bangboo “Biggest Fan,” presiden kelab peminat kumpulan idol tersebut, yang boleh memulihkan HP dan meningkatkan kuasa serangan skuad apabila sekurang-kurangnya dua ahli Angels of Delusion hadir dalam pasukan.

Agent Enhancement

Fallen feathers gleam with cold light, old looks take on a fresh new sight.
Proxies with the Agents Asaba Harumasa and Lycaon can power them up with the click of a button! pic.twitter.com/8dnGsLvXTG

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) January 30, 2026

Zenless Zone Zero kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, PC (melalui Epic Games Store atau muat turun terus), serta peranti mobile melalui App Store dan Google Play.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Attack on Titan Akhirkan Debat – Mikasa Memang Berkahwin Dengan Jean Pada Hujung Siri!

Next Post

Tiada Butang! Sony Peroleh Paten Controller Berasaskan Skrin Sentuh & Sensor!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Tiada Butang! Sony Peroleh Paten Controller Berasaskan Skrin Sentuh & Sensor!

Tiada Butang! Sony Peroleh Paten Controller Berasaskan Skrin Sentuh & Sensor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd