Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Akan Terima Update Moden Di Steam; Pemilik Sedia Ada Boleh Terima Naik Taraf Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 30, 2026
in Artikel, Berita, PC, RPG, Steam
0 0
0
Final Fantasy VII Akan Terima Update Moden Di Steam; Pemilik Sedia Ada Boleh Terima Naik Taraf Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat kepada judul asal tahun 1997, Square Enix telah mengumumkan bahawa versi serba baharu bagi game original Final Fantasy VII bakal dilancarkan di Steam.

Selepas sekian lama menggunakan asas daripada versi PC tahun 1998, kemas kini terbaharu ini bertujuan untuk memodenkan judul klasik tersebut supaya lebih serasi dengan perkakasan masa kini, di samping memberi “pengalaman gameplay yang lebih baik.”

The original Final Fantasy VII will be re‑released on Steam to provide an improved gameplay experience.

Existing owners will receive the new version for free and will be able to continue playing the older version on Steam.

Full details: https://t.co/BnFGMmptls pic.twitter.com/TlF0hM0jti

— FINAL FANTASY VII (@finalfantasyvii) January 29, 2026

Buat masa ini, versi baharu itu akan disenaraikan sebagai FINAL FANTASY VII di Steam Store.

Square Enix mengesahkan bahawa sesiapa yang sudah memiliki versi 2013 tidak perlu membayar satu sen pun untuk naik taraf ini. Versi baharu tersebut akan dimasukkan ke dalam Steam library mereka secara automatik tanpa sebarang caj tambahan.

Selain itu, peminat yang lebih menggemari keunikan port lama atau mahu menyimpannya untuk tujuan lain masih boleh mengakses “FINAL FANTASY VII – 2013 Edition” bersama-sama dengan versi baharu tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang masih belum memiliki RPG klasik ini, masa semakin suntuk untuk mendapatkan versi lama. Sebaik sahaja edisi baharu dilancarkan, versi 2013 akan dikeluarkan daripada Steam Store dan tidak lagi boleh dibeli oleh pelanggan baharu.

Meskipun peralihan ke versi baharu adalah percuma, ada satu peringatan penting: fail save tidak akan serasi antara kedua-dua versi tersebut (cross-compatible).

Jika anda masih bermain versi 2013, anda perlu menghabiskan sesi permainan tersebut. Data save daripada versi 2013 hanya akan berfungsi untuk versi 2013 sahaja, manakala kemajuan permainan dalam versi baharu akan terikat pada edisi spesifik tersebut.

Setakat ini, Square Enix masih merahsiakan butiran lanjut mengenai penambahbaikan teknikal yang dilakukan dan belum memberikan tarikh pelancaran rasmi bagi kemas kini ini. Namun, pengumuman tersebut mengacah bahawa pelancarannya akan berlaku dalam masa terdekat.

Tags: final fantasy viisteam
ShareTweetSend
Previous Post

Astro Shaw Cinematic Universe – Polis Evo, High Council & Keluang Man Bertemu Era Baharu Filem Malaysia!

Next Post

Genigods: Nezha – Action RPG Epik Di Mana Kita Lawan Dewa China Sebesar Gunung!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Genigods: Nezha – Action RPG Epik Di Mana Kita Lawan Dewa China Sebesar Gunung!

Genigods: Nezha - Action RPG Epik Di Mana Kita Lawan Dewa China Sebesar Gunung!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd