Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kami Terima Set LEGO Batmobile Klasik “Siri Animasi,” Turut Akan Muncul Dalam LEGO® Batman: Legacy of the Dark Knight!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, Produk, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Kami Terima Set LEGO Batmobile Klasik “Siri Animasi,” Turut Akan Muncul Dalam LEGO® Batman: Legacy of the Dark Knight!
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. Games bersama TT Games mengumumkan bahawa sebuah lagi kenderaan ikonik bakal muncul dalam LEGO® Batman: Legacy of the Dark Knight. Telah disahkan bahawa Batmobile dengan reka bentuk art-deco yang cukup dikenali dari Batman: The Animated Series kini boleh dipandu sepenuhnya di dalam game.

Beberapa imej baharu dari dalam game telah dikongsikan, memaparkan Batmobile versi animasi itu dalam dunia LEGO. Kehadiran kereta ini melengkapkan lagi senarai kenderaan Batman yang sedia ada, termasuk Batmobile dari filem The Batman dan Batman v Superman, The Batman, dan Batman & Robin.

Lebih menarik lagi, mereka telah menghantar set LEGO® sebenar Batmobile dari siri Batman: The Animated Series kepada kami. Inilah rupanya di dunia sebenar!

Game ini akan dilancarkan pada 29 Mei 2026 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC, manakala versi untuk Nintendo Switch 2 akan menyusul pada tarikh akan datang.

Dihasilkan oleh pasukan di sebalik LEGO Star Wars: The Skywalker Saga, ia membawa genre action-adventure berpandukan penceritaan dalam sebuah dunia terbuka LEGO Gotham City.

Para pemain akan disajikan dengan sebuah kisah serba baharu yang menceritakan keseluruhan perjalanan Bruce Wayne, bermula dari latihan awal bersama League of Shadows sehinggalah beliau menjadi Caped Crusader dan bekerjasama dengan wira lain seperti Jim Gordon, Robin, dan Batgirl.

Dari segi gameplay, ia merangkumi elemen penyelesaian teka-teki dan aksi yang sinonim dnegan siri ini, tetapi diperbaharui dengan sistem combat yang dirombak sepenuhnya, malah dibandingkan dengan siri Batman: Arkham.

Sistem baharu ini memberi penekanan kepada serangan combo, stealth, serta abiliti penyiasatan, membolehkan pemain memburu penjenayah di serata pelusuk kota Gotham. Game ini juga menawarkan fleksibiliti untuk dimainkan secara solo mahupun bersama rakan melalui mod co-op untuk dua pemain.

Pra-tempahan untuk kedua-dua Standard Edition dan Deluxe Edition kini telah dibuka. Setiap pra-tempahan bagi mana-mana edisi akan melayakkan pemain menerima Batsuit “The Dark Knight Returns”.

Pre-orders for #LEGOBatmanGame ​are now LIVE! Snag your copy here: https://t.co/nAD0GnNOG4 pic.twitter.com/69EAmHiQZZ

— LEGO® Batman™: Legacy of the Dark Knight (@LEGODCGame) December 12, 2025

Standard Edition menawarkan lebih daripada 100 pilihan sut dan pakaian untuk setiap watak yang boleh dimainkan, koleksi melebihi 20 kenderaan unik, serta lebih 250 hiasan dan trofi untuk digunakan dalam mengubah suai Batcave.

Bagi peminat sejati, Deluxe Edition menyediakan semua kandungan dari edisi standard beserta dua koleksi digital tambahan. Pemain akan mendapat akses kepada “Legacy Collection,” yang mengandungi lebih 30 item melalui tiga pek bertema: Pek Arkham Trilogy, Pek Batman Beyond, dan Pek Party Music.

Kandungan tambahan akan tiba selepas pelancaran melalui “Mayhem Collection” pada September 2026. Pek ini akan memperkenalkan “Mayhem Mode”. Keistimewaan bagi mereka yang membuat pra-tempah Deluxe Edition ialah akses awal 72 jam, yang membolehkan mereka mula bermain pada 26 Mei 2026.

Sebagai ganjaran istimewa buat peminat setia, pemain yang mendaftar atau sudah memiliki akaun Warner Bros. Games berpeluang untuk membuka Batsuit Golden Age klasik. Kostum unik ini adalah berdasarkan penampilan pertama wira itu dalam komik Detective Comics #27 pada tahun 1939.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh merujuk berita-berita kami yang terdahulu.

Tags: batmobileLEGO® Batman: Legacy of the Dark Knight
ShareTweetSend
Previous Post

Dari Pencipta Identity V, Jom Cuba “Sea of Remnants” Lebih Awal Melalui Ujian Alpha!

Next Post

POCO Umum M8 5G & M8 Pro 5G – Harga Promo Bermula RM859!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
POCO Umum M8 5G & M8 Pro 5G – Harga Promo Bermula RM859!

POCO Umum M8 5G & M8 Pro 5G - Harga Promo Bermula RM859!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd