Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Konami Janji Keluarkan Game Silent Hill Baharu Setiap Tahun, Era Baharu Untuk Francais

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2025
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Konami Janji Keluarkan Game Silent Hill Baharu Setiap Tahun, Era Baharu Untuk Francais
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah fasa baharu kini bermula untuk siri Silent Hill kerana Konami, melalui penerbit francaisnya Motoi Okamoto, mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan satu game baharu setiap tahun. Kenyataan ini menyusul kejayaan remake Silent Hill 2 pada 2024 serta sambutan luar biasa Silent Hill f pada tahun 2025.

Pada dekad 2000-an, francais Silent Hill berada di puncak kegemilangannya dan menjadi antara pelopor genre survival horror sebaris dengan Resident Evil.

Namun, siri ini melalui fasa kurang memberangsangkan dengan beberapa gane yang mengecewakan, ditambah pula dengan pembatalan projek reboot oleh Hideo Kojima, menyebabkannya menyepi hampir sedekad. Kebangkitan siri ini bermula dengan remake Silent Hill 2 pada 2024 yang disambut baik secara meluas.

Momentum ini diteruskan lagi dengan pelancaran Silent Hill f pada September 2025, yang dipuji oleh komuniti pemain dan pengkritik kerana berjaya membawa nafas baharu kepada elemen seram psikologi siri ini dengan latar Jepun era 1960-an.

Ketika ditemu bual oleh Famitsu, Okamoto menjelaskan strategi baharu ini. Beliau berkata, “Selepas pelancaran Silent Hill 2 pada Oktober 2024, kami telah berjaya melancarkan Silent Hill f pada September 2025, dan kini siri Silent Hill telah kembali aktif.”

Beliau menambah, “Sasaran kami adalah untuk menerbitkan lebih kurang satu judul setiap tahun, merangkumi game yang sudah dan belum diumumkan. Walaupun kami tidak pasti sejauh mana ia boleh dicapai, kami akan berusaha sedaya upaya sebagai penerbit siri Silent Hill. Secara idealnya, kami mahu minat terhadap Silent Hill sentiasa ada.”

Selaras dengan perancangan baharu ini, komuniti kini tertumpu pada Silent Hill: Townfall. Judul ini merupakan projek akan datang yang dibangunkan oleh studio No Code dengan Annapurna Interactive sebagai penerbit.

Meskipun tarikh pelancarannya masih menjadi tanda tanya, para peminat membuat andaian ia mungkin akan tiba pada tahun 2026.

『SILENT HILL』リメイク制作中

1999年にPlayStationにて発売した『SILENT HILL 』のリメイクをBloober Teamと制作しています。

ぜひ音声とともに動画をご覧ください。
詳細は今後の続報をお待ちください。#SILENTHILL #サイレントヒル pic.twitter.com/qMeX67FyR5

— SILENT HILL (@silenthill_jp) June 12, 2025

Di samping menghasilkan judul-judul baharu, Konami juga tidak melupakan warisan lamanya. Telah disahkan bahawa Bloober Team, iaitu studio yang sama bertanggungjawab untuk remake Silent Hill 2, kini sedang dalam proses membangunkan remake untuk game pertama Silent Hill yang dikeluarkan pada tahun 1999.

Tags: silent hill
ShareTweetSend
Previous Post

Amaran Buat Para Gamer & PC Builder! Harga GPU Dijangka Melonjak Naik Pada Awal 2026!

Next Post

Kyoto Animation Umum Anime “RuriDragon,” Kali Pertama Mereka Usahakan Karya Shonen Jump!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kyoto Animation Umum Anime “RuriDragon,” Kali Pertama Mereka Usahakan Karya Shonen Jump!

Kyoto Animation Umum Anime "RuriDragon," Kali Pertama Mereka Usahakan Karya Shonen Jump!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd