Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kyoto Animation Umum Anime “RuriDragon,” Kali Pertama Mereka Usahakan Karya Shonen Jump!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kyoto Animation Umum Anime “RuriDragon,” Kali Pertama Mereka Usahakan Karya Shonen Jump!
Share on FacebookShare on Twitter

Kyoto Animation membawa kejuan kepada semua dengan mengumumkan bahawa manga popular karya Masaoki Shindō, “RuriDragon,” akan diadaptasi menjadi siri anime.

Pengumuman tersebut disampaikan melalui sebuah video khas yang dikeluarkan menerusi YouTube rasmi studio itu, dan lebih istimewa lagi, ia dilancarkan serentak dengan tarikh lahir watak utamanya, Ruri Aoki, pada 28 Disember.

Bagi meraikan berita gembira ini, Masaoki Shindō selaku pencipta asal “RuriDragon” turut menghasilkan sebuah lukisan ilustrasi khas.

/
原作:眞藤雅興先生より
コメントが到着しました🎉
\
TVアニメ ルリドラゴン▲▲ pic.twitter.com/aT9pCUd7SK

— TVアニメ『ルリドラゴン』公式▲▲ (@RuriDra_anime) December 28, 2025

Projek ini menandakan kali pertama Kyoto Animation akan mengadaptasi sebuah manga yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump oleh Shueisha.

Dikenali ramai menerusi hasil kerja animasi yang sangat teliti dan penceritaan menyayat hati seperti dalam karya “Violet Evergarden,” “A Silent Voice,” dan “K-On!”, ramai yang berpendapat bahawa studio ini adalah padanan yang paling sesuai untuk membawa suasana “RuriDragon.”

✨🎁HAPPY BIRTHDAY RURI🎁✨ pic.twitter.com/oa1DXZ31la

— TVアニメ『ルリドラゴン』公式▲▲ (@RuriDra_anime) December 28, 2025

Kisah RuriDragon berpusat pada seorang gadis sekolah menengah bernama Ruri Aoki yang pada mulanya menjalani kehidupan yang biasa. Segalanya berubah apabila pada suatu hari, dia mendapati sepasang tanduk telah tumbuh di kepalanya. Ibunya kemudian dengan selamba memberitahu bahawa Ruri sebenarnya berketurunan separuh naga.

Penemuan ini mengubah dunianya yang dahulunya tenang menjadi sedikit kelam-kabut. Manga ini mengikuti cabaran dan detik-detik manis Ruri dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah, hubungan dengan rakan-rakan, serta kemunculan kuasa naga yang tidak dijangka seperti kemampuan untuk menghembuskan api.

Tags: RuriDragon
ShareTweetSend
Previous Post

Konami Janji Keluarkan Game Silent Hill Baharu Setiap Tahun, Era Baharu Untuk Francais

Next Post

Sword and Fairy 4 Diberi Nafas Baharu Dengan ‘Remake’ Moden; Kali Pertama Disediakan Untuk Pasaran Global

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Sword and Fairy 4 Diberi Nafas Baharu Dengan ‘Remake’ Moden; Kali Pertama Disediakan Untuk Pasaran Global

Sword and Fairy 4 Diberi Nafas Baharu Dengan 'Remake' Moden; Kali Pertama Disediakan Untuk Pasaran Global

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd