Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kartun-kartun serupa seperti Anime tetapi bukan asal dari Jepun?!

Orang ingat anime dan berasal dari Jepun, rupa-rupanya bukan!

Nyny.A by Nyny.A
October 22, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kartun-kartun serupa seperti Anime tetapi bukan asal dari Jepun?!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang ramai tahu, Anime berasal dari Jepun dan mempunyai pelbagai genre seperti Shoujo, Aksi, Fantasi dan banyak lagi! Anda perasan tak beberapa kartun terutama yang dikeluarkan di Cartoon Network nampak seperti Anime, atau ramai beranggapan kartun-kartun tersebut memang daripada Jepun. Sebenarnya tidak, ada beberapa kartun yang popular sebenarnya berinspirasikan anime tetapi berasal dari negara antarabangsa!

Jadi korang teringin nak tahu tak kartun-kartun yang dimaksudkan itu? Jom lihat senarai kami dibawah ini. Janga terkejut ya!

AVATAR: THE LAST AIRBENDER

100% masa dulu ingatkan Avatar The Last Airbender ni berasal dari Jepun sebab memang ternyata nampak macam Anime! Bukan sahaja jalan cerita fantasi, dan sekeliling yang memang nampak seperti budaya Asia, gaya lukisanya terutama membuat emosi pun turut nampak macam anime!

Jadi yang sebenarnya kartun ini berasal dari Amerika Syarikat yang dicipta oleh Bryan Konietzko dan Michael Dante DiMartino untuk Nickelodeon Animation Studio!

Steven Universe

Kebanyakkan dalam episod didalam Steven Universe memang diilhamkan oleh anime sepeti Neon Genesis Evangelion, Captain Harlock dan Cowboy Bebop. Pencipta Steven Universe, Rebecca Sugar ternyata tidak segan untuk berkongsikan bahawa dia memang minat anime terutamanya seperti One Piece, Revolusioner Girl Utena, dan Detective Conan. Dia terinspirasi oleh bagaimana Utena bermain dengan jangkaan jantina, yang juga kita lihat banyak di Steven Universe. Utena telah dirujuk dalam pertunjukan dengan pelbagai perkelahian, sudut dan bagaimana Steven menarik pedang Rose keluar dari kepala Lions.

RWBY

RWBY atau disebut “Ruby” 100% menyerupai Anime! Iya kartun ini sememangnya bukan anime asli dari Jepun, dan ianya berasal dari Amerika Syarikat! Perkara lain yang rumit sama ada ia sebenarnya anime atau hanya berdasarkan anime adalah ia juga berdasarkan siri web yang ditarik oleh seorang artis manga. Inilah sebab mengapa banyak merujuk kepada pameran ini sebagai “anime Amerika.” Yang menarik dari tajuk ini RWBY sebenarnya bedasarkan nama watak utama Ruby, Weiss, Blake dan Yang, juga dari tema mereka Red, White, Black dan Yellow (Merah, Putih, Hitam dan Kuning)! Berkenan dengan awek-awek ni? Pergi tengok online okay!

HI HI PUFFY AMIYUMI

Percaya tak, ini salah satu kegemaran kami di Cartoon Network dahulu, zaman-zaman Teen Titans semua? Hi Hi Puffy AmiYumi merupakan hasil Sam Register khas untuk Cartoon Network. Disiarankan pada tahun 2004-2006, kartun ini adalah bedasarkan dari artis J-pop yang tersangat popular ketika itu iaitu Puffy AmiYumi! Kedua mereka ini mempunya gaya dan personaliti yang memang menarik perhatian ramai peminat. Jadi dengan gaya visul jelas anime ditunjukkan dari kesemua gaya wataknya! Dan kartun ini memang popular bukan setakat di A.S, Jepun pun sama okay!

Image result for HI HI PUFFY AMIYUMI gif

SAMURAI JACK

Banyak inspirasi yang telah dimasukkan dalam kartun Samurai Jack sebenarnya, seperti filem noir dan buku-buku komik. Walau bagaimanapun, konsep anime memang nyata dalam kartun ini terutama ianya meneroka banyak dunia yang aneh dan futuristik dalam filem anime Akira. Pencipta kartun ini turut berkongsi bahawa dia mengambil inspirasi dari filem Kungfu dan anime klasik untuk adegan pertarungan!

THE POWERPUFF GIRLS

Dengan mata besar dan comel macam chibi, ternyata siri kartun Powerpuff Girls yang popular ini nampak seperti memang berasal dari Jepun. Yang nyatanya, The Powerpuff Girls adalah siri animasi superhero berasal dari A.S dan dicipta oleh Craig McCracken untuk Cartoon Network Studios! Tetapi, jangan lupa, versi Anime juga telah dihadirkan pada tahun 2006 yang bernama Powerpuff Girls Z yang dicipta oleh Megumu Ishiguro.

CASTLEVANIA

Salah satu siri di Netflix ini sering disalah sangka sebagai anime oleh kerana watak animasi dan tema nya sama seperti anime. Bedasarkan siri permainan video dari Konami, siri ini pada asalnya dirancangkan sebagai sebuah filem, yang dibangunkan oleh produser Kevin Kolde dan Projek 51. Kolde mempunyai kontrak skrip dengan penulis Warren Ellis pada tahun 2007; projek itu memasuki ‘development hell’ sehingga kira-kira 2015, Adi Shankar mendapat projek itu dan dijemput oleh Netflix. Dan dari situlah Powerhouse Animation Studios menyertai pasukan dan pengeluaran siri ini bermula. Gaya seninya sangat dipengaruhi oleh anime Jepun dan karya seni Ayami Kojima di Castlevania: Symphony of the Night, dengan pasukan pengeluaran termasuk anggota staf yang bekerja dalam industri anime Jepun. Oh patutlah serupa je dengan anime!

TEEN TITANS

Hadir pertama kali di Cartoon Network, peminat pasti kenal Robin, Raven, Starfire, Beast Boy dan Cyborg. Teen Titans yang asal ternyata tersangatlah menarik, cuma pada tanggapan pertama memang ingat siri animasi ini dari Jepun juga! Iyalah, tengok sendiri dari segi animasinya, memang nampak macam anime jua. Mana tidaknya, Teen Titans dicipta oleh Glen Murakami dimana beliau juga yang menghasilkan Ben 10! Sehingga kini masij disiarankan tetapi dengan nama baru Teen Titans Go! Dan penyanyi asal untuk lagu tema Teen Titans adalah Puffy AmiYumi!

Jadi, terkejut tak siri-siri ini sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat? Nampak tak pengaruh Anime dari Jepun memang membawa ke serata dunia! Siapa saja yang tak suka Anime kan! Long Live Anime! Mana satu kegemaran? Jom kongsikan dekat Facebook kami!

Tags: animasianimeAVATAR: THE LAST AIRBENDERcastlevaniaHI HI PUFFY AMIYUMIRWBYSAMURAI JACKSteven UniverseTEEN TITANSTHE POWERPUFF GIRLS
Previous Post

LIMA Perangai Gamers kalau GACHA mereka SAMPAH! Mana satu perangai kamu?

Next Post

Malas nak on PC main OverCooked? Jangan risau, “Cooking Battle” ada untuk versi Mobile!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Malas nak on PC main OverCooked? Jangan risau, “Cooking Battle” ada untuk versi Mobile!

Malas nak on PC main OverCooked? Jangan risau, "Cooking Battle" ada untuk versi Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd