Beberapa jam lepas, Bethesda Softworks bersama pembangun Bethesda Game Studios telah memperkenalkan Fallout 4: Anniversary Edition.
Merupakan edisi lengkap yang diterbitkan sempena sambutan ulang tahun kesepuluh RPG pasca-apokalips yang popular itu, game khas ini akan dilancarkan pada 10 November di platform PC, PlayStation, dan juga Xbox.
Bagi menyambut sedekad pelancaran game tersebut, versi ulang tahun ini akan menyatukan game utama dengan keenam-enam DLC rasmi yang pernah dikeluarkan, iaitu: “Automatron,” “Far Harbor,” “Nuka-World,” serta tiga pek expansion “Workshop.”
Bukan itu sahaja, Anniversary Edition turut dimuatkan dengan lebih 150 kandungan daripada Creation Club, yang menggabungkan barangan popular di kalangan peminat serta kandungan yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini terus ke dalam game.
Pihak pembangun menyatakan bahawa para pemain bakal menikmati pelbagai penambahan seperti senjata-senjata baharu, misi yang lebih luas, penambahbaikan gameplay, dan juga pelbagai pilihan baka untuk anjing peneman, Dogmeat, antaranya baka husky dan Dalmatian.
See everything rolling into the Commonwealth on Nov 10 with the Fallout 4 Anniversary Edition! https://t.co/UkNmLyDZDH pic.twitter.com/Wcu5nQxtQP
— Fallout (@Fallout) October 23, 2025
Pemain boleh mendapatkan Fallout 4: Anniversary Edition bermula 10 November nanti bagi konsol PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, dan juga PC melalui platform digital seperti Steam, Epic Games Store, GOG, dan Microsoft Store.
Di samping itu, Bethesda turut memberitahu bahawa game ini juga sedang dalam perancangan untuk konsol Nintendo. Fallout 4: Anniversary Edition dijangka akan mendarat di platform Nintendo Switch 2 pada tahun 2026, sekaligus membawa francais yang terkenal ini ke platform Nintendo untuk kali pertama.









Discussion about this post