Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update PlayStation 5 Memperkenalkan Fungsi Pertukaran DualSense & Mod “Power Saver” Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 17, 2025
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Update PlayStation 5 Memperkenalkan Fungsi Pertukaran DualSense & Mod “Power Saver” Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan satu update perisian utama untuk PlayStation 5, yang akan mula dilancarkan pada hari ini, 17 September. Kemas kini ini memperkenalkan dua ciri baharu yang penting: keupayaan untuk memadankan satu alat DualSense dengan pelbagai peranti dan opsyen “Power Saver” baharu yang direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga konsol.

New PS5 system update includes DualSense wireless controller pairing across multiple devices. Live tomorrow.

Full details: https://t.co/XTevMudAfV pic.twitter.com/ujKG0LTc7g

— PlayStation (@PlayStation) September 16, 2025

Pertukaran Lancar untuk Alat Kawalan DualSense

Salah satu ciri utama update ini ialah fleksibiliti untuk alat kawalan DualSense dan DualSense Edge. Sebelum ini, pemain perlu memadankan semula alat kawalan mereka setiap kali ingin menggunakannya dengan peranti berbeza, seperti PC, Mac, atau telefon pintar. Update kini ini menghapuskan kerumitan tersebut dengan membenarkan satu alat kawalan didaftarkan dengan sehingga empat peranti secara serentak.

Pengguna boleh menetapkan setiap peranti kepada salah satu daripada empat slot, yang mana setiap satunya sepadan dengan butang aksi (segi tiga, bulat, pangkah, atau segi empat sama). Setelah didaftarkan, proses bertukar antara PS5, PC untuk bermain game, dan telefon pintar untuk Remote Play menjadi semudah menekan butang PS bersama dengan butang aksi yang sepadan. Ini membolehkan pengalaman gaming yang lebih lancar dan tanpa gangguan di pelbagai platform.

Memperkenalkan ‘Power Saver’ untuk Gaming Mesra Alam

Update ini turut memperkenalkan “Power Saver,” satu tetapan baharu yang bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga PlayStation 5. Apabila diaktifkan, opsyen ini akan membenarkan game yang disokong untuk mengurangkan prestasinya, dan dengan itu merendahkan penggunaan kuasa konsol.

Menurut Sony, inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelan alam sekitar “Road to Zero” syarikat yang lebih meluas, yang menyasarkan pelepasan gas rumah hijau sifar-bersih menjelang 2040.

Sony telah mengesahkan bahawa update pada masa hadapan untuk judul-judul seperti Death Stranding 2: On the Beach, serta game sedia ada seperti Demon’s Souls dan Ghost of Yōtei akan datang, akan menambah sokongan untuk opsyen Power Saver, dengan lebih banyak game dijangka akan menyusul. Jika opsyen ini tidak diaktifkan, atau jika sesuatu game tidak menyokongnya, prestasi tidak akan terjejas.

Untuk maklumat lanjut, layari blog mereka di SINI.

Tags: DualSenseplaystation 5
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Percuma ‘Little Nightmares III’ Kini Tersedia di Semua Platform

Next Post

Acer Buka Pendaftaran Untuk Predator League 2026 Malaysia Qualifiers

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Acer Buka Pendaftaran Untuk Predator League 2026 Malaysia Qualifiers

Acer Buka Pendaftaran Untuk Predator League 2026 Malaysia Qualifiers

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd