Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Made in Abyss Kembali Dengan Filem Baharu Pada 2026; Berjudul ‘Mezameru Shinpi’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Made in Abyss Kembali Dengan Filem Baharu Pada 2026; Berjudul ‘Mezameru Shinpi’
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira untuk peminat Made in Abyss, kerana penantian anda bakal berakhir. Kadokawa telah mengesahkan secara rasmi bahawa sebuah siri filem anime baharu kini sedang dalam fasa pembangunan.

Filem sulungnya, yang diberi judul Made in Abyss: Mezameru Shinpi (bermaksud Awakening Mystery), dijangka akan menemui pawagam Jepun pada tahun 2026. Ia akan berfungsi sebagai sekuel langsung kepada musim kedua (2022), Made in Abyss: The Golden City of the Scorching Sun.

Siri filem akan datang ini bakal meneruskan perjalanan berbahaya watak utamanya, Riko, bersama rakan robotnya, Reg, dalam usaha mereka untuk menuruni lapisan Abyss yang lebih dalam. Penceritaannya barangkali akan diadaptasi daripada arc ‘Curse Fleet’ dalam manga karya Akihito Tsukushi.

Ia dijangka akan membawa penonton menyaksikan penjelajahan ke aras baharu, menghadapi cabaran yang tidak terbayang, dan membongkar rahsia yang tersembunyi di dasar jurang tersebut.

Sebuah visual teaser yang dikeluarkan bersama pengumuman itu turut memperkenalkan dua wajah baharu, iaitu Tepaste dan Cravagli, yang ditunjukkan berada di Tumble Tavern.

▼△▼△▼△▼△▼
還れぬ地へ、
  挑む者たち。
▲▽▲▽▲▽▲▽▲

メイドインアビス劇場シリーズアニメ化決定

【第1部】メイドインアビス 目覚める神秘
       2026年公開#miabyss #メイドインアビス pic.twitter.com/J0k4lLAM6n

— アニメ「メイドインアビス」公式 (@miabyss_anime) August 7, 2025

Projek ini disahkan akan mengekalkan tenaga kreatif dan barisan pelakon suara asal. Studio Kinema Citrus, yang telah mengendalikan kesemua adaptasi anime terdahulu, akan kembali mengemudi produksi ini.

Ia turut menyatukan semula individu-individu penting seperti pengarah Masayuki Kojima (Black Bullet), penulis skrip siri Hideyuki Kurata (Samurai Flamenco), serta pereka watak Yuka Kuroda dan Kazuchika Kise (Ghost in the Shell: Arise).

Barisan pelakon suara utama juga akan kembali melakonkan watak masing-masing, termasuklah:

  • Miyu Tomita sebagai Riko
  • Mariya Ise sebagai Reg
  • Shiori Izawa sebagai Nanachi
  • Inori Minase sebagai Faputa

Made in Abyss merupakan sebuah adaptasi daripada manga karya Akihito Tsukushi yang diterbitkan dalam Web Comic Gamma oleh Takeshobo sejak tahun 2012. Francais ini dikenali ramai kerana kontrasnya yang unik: gaya visual yang comel tetapi naratif yang gelap, tragis dan matang.

Kisahnya menyorot usaha Riko untuk mencari ibunya di dalam sebuah lohong gergasi yang penuh bahaya, dihuni oleh hidupan aneh serta peninggalan purba. Lohong Abyss juga amat digeruni kerana ‘sumpahan’—sejenis fenomena yang mengakibatkan kemerosotan fizikal dan mental yang parah kepada sesiapa sahaja yang cuba masuk.

Pengumuman siri filem baharu ini adalah kesinambungan kepada kejayaan adaptasi anime terdahulu.

Ini termasuklah musim pertama dengan 13 episod pada tahun 2017, diikuti oleh dua filem kompilasi pada 2019, sebuah filem sekuel berjudul Made in Abyss: Dawn of the Deep Soul pada 2020, dan musim kedua dengan 12 episod, The Golden City of the Scorching Sun, pada tahun 2022.

Tags: animeMade in Abyss
ShareTweetSend
Previous Post

Harga Monster Hunter Wilds Jatuh Kaw-Kaw Sempena Promosi Merdeka Impulse Gaming

Next Post

eFootball & Arsenal Lanjutkan Kerjasama, Martin Ødegaard Dinamakan Duta Terbaharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
eFootball & Arsenal Lanjutkan Kerjasama, Martin Ødegaard Dinamakan Duta Terbaharu

eFootball & Arsenal Lanjutkan Kerjasama, Martin Ødegaard Dinamakan Duta Terbaharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd