Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Percuma SHINOBI: Art of Vengeance Kini Tersedia, Serlahkan Semangat Ninja Anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2025
in 2D/ Pixel, Action, Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Percuma SHINOBI: Art of Vengeance Kini Tersedia, Serlahkan Semangat Ninja Anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi pengikut setia fancais ikonik ini, pasti ramai yang akan teruja dengan pelancaran demo percuma untuk SHINOBI: Art of Vengeance, sebuah game platformer aksi 2D yang dinanti-nantikan daripada pembangun Lizardcube.

Demo ini kini tersedia untuk dimuat turun di Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, dan Steam. Ia memberi peluang kepada pemain untuk mengalami game tersebut lebih awal sebelum pelancaran penuh pada 29 Ogos 2025.

Demo SHINOBI: Art of Vengeance membawa pemain ke peringkat pertama permainan, iaitu Oboro Village, titik permulaan misi membalas dendam protagonis legenda, Joe Musashi. Berlatarkan persekitaran lukisan tangan, pemain akan bertarung dengan musuh dan mengharungi halangan platform yang mencabar.

Untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik, demo ini menampilkan versi unik bagi peringkat Oboro Village. Ia merangkumi musuh lebih handal yang tidak ditemui dalam versi akhir permainan, pelbagai rahsia tersembunyi, dan membuka beberapa kebolehan gameplay lebih awal.

Sistem kedai dalam gane juga telah diselaraskan, membolehkan pemain bereksperimen sepenuhnya dengan pelbagai gerakan, Ninpo, Ninjutsu, dan potensi kombo Musashi.

Bagi mereka yang ingin menguji kemahiran mereka ke tahap maksimum, demo ini juga menyertakan Arcade Mode. Pemain digalakkan untuk bermain semula peringkat ini untuk mendedahkan laluan tersembunyi dan bersaing untuk mendapatkan skor tertinggi.

SEGA turut memaklumkan beberapa butiran penting untuk pemain yang mencuba demo ini:

  • Data simpanan daripada demo tidak boleh dipindahkan ke versi penuh permainan.
  • Sesetengah ciri, seperti kedudukan item dan tingkah laku musuh, mungkin berbeza daripada versi akhir permainan.
  • Demo ini boleh dimainkan berulang kali tanpa sebarang had.

Untuk maklumat lanjut, pemain boleh melayari laman web rasmi SHINOBI: Art of Vengeance.

Tags: DemoSHINOBI: Art of Vengeance
ShareTweetSend
Previous Post

“Kelemahan Diri Sendiri Yang Membuatnya Menakutkan” – Interviu Di Sebalik Tabir Silent Hill f

Next Post

Reviu The Naked Gun (2025) – Lawak Yang Kekal Setia Pada Resipi Asal

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Reviu The Naked Gun (2025) – Lawak Yang Kekal Setia Pada Resipi Asal

Reviu The Naked Gun (2025) – Lawak Yang Kekal Setia Pada Resipi Asal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd