Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Saman Tencent, Dakwa ‘Light of Motiram’ Hanyalah Ciplak Murahan Kepada Game ‘Horizon’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2025
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
Sony Saman Tencent, Dakwa ‘Light of Motiram’ Hanyalah Ciplak Murahan Kepada Game ‘Horizon’
Share on FacebookShare on Twitter

Gergasi teknologi dari China, Tencent, kini berdepan tindakan undang-undang daripada Sony Interactive Entertainment (SIE). Puncanya adalah game akan datang milik Tencent, Light of Motiram, didakwa oleh Sony sebagai satu ciplakan terang-terangan terhadap siri game popular mereka, Horizon.

Dalam saman yang difailkan pada 25 Julai 2025 itu, Tencent dituduh melanggar hak cipta dan tanda dagangan, selain mengamalkan persaingan secara tidak adil.

Menurut Sony, Light of Motiram dengan sengaja meniru pelbagai elemen ikonik dan unik daripada dua game utama mereka, iaitu Horizon Zero Dawn (2017) dan Horizon Forbidden West (2022).

Tiruan ini didakwa merangkumi segala-galanya, daripada reka bentuk dunia dan mekanik gameplay sehinggalah kepada watak utamanya yang terkenal, Aloy.

Dokumen mahkamah tersebut menjelaskan bagaimana Light of Motiram, yang dibangunkan oleh Polaris Quest (sebuah anak syarikat Tencent), didakwa meniru teras utama francais Horizon. Antara persamaan yang diketengahkan ialah latar dunianya yang pasca-apokalips, di mana suku kaum manusia wujud bersama makhluk robot gergasi.

Dalam game Tencent, makhluk ini dipanggil “Mechanimals”, sangat mirip dengan “Machines” dalam siri Horizon.

Tuntutan saman itu juga memberi tumpuan khusus kepada rekaan watak utama wanita dalam Light of Motiram. Watak ini dikatakan mempunyai persamaan visual yang amat ketara dengan Aloy, lengkap dengan pakaian berinspirasikan suku kaum serta gaya pertarungan yang menggunakan busur dan anak panah.

Sony turut mendakwa Tencent telah menggunakan “klon” Aloy ini dalam bahan promosi mereka. Tindakan ini didakwa boleh mengelirukan pengguna dan memperdaya pemain untuk berfikir bahawa game itu adalah sebahagian daripada francais Horizon, sama ada sebagai sekuel atau spin-off.

Lebih lanjut, dakwaan turut menyentuh persamaan ketara dari segi corak gameplay. Contohnya, mekanik untuk menundukkan makhluk robotik dikatakan hampir seiras dengan sistem “override” dalam Horizon.

Aspek lain seperti persekitaran dunia yang subur, palet warna, skor muzik, dan rekaan ikon pada HUD juga didakwa direka khas untuk meniru Horizon sedekat mungkin.

Salah satu tuduhan yang lebih spesifik ialah Sony mengesyaki Tencent mungkin telah mengupah bekas komposer Horizon Forbidden West dengan tujuan untuk meniru gaya muziknya.

Konflik perundangan ini menjadi lebih rumit apabila didedahkan bahawa kedua-dua syarikat pernah mempunyai sejarah perbincangan perniagaan.

Dokumen saman itu mendedahkan bahawa pada Mac 2024, semasa Game Developers Conference di San Francisco, para eksekutif Tencent telah bertemu Sony untuk mencadangkan pembangunan bersama sebuah game mobile Horizon dengan sentuhan “estetika Timur.” Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak oleh Sony.

Sony kini mendakwa bahawa Tencent sebenarnya telah mula membangunkan Light of Motiram sejak tahun 2023 lagi. Pembangunannya diteruskan walaupun selepas Sony menolak untuk melesenkan harta intelek (IP) mereka.

Walaupun rundingan luar mahkamah telah diusahakan, Tencent dilaporkan sekali lagi cuba mendapatkan lesen IP tersebut. Permintaan itu bukan sahaja ditolak oleh Sony, malah mereka turut mendesak agar pembangunan game tersebut dihentikan serta-merta.

Bagi mengelakkan “kerosakan yang tidak dapat dipulihkan” pada jenama dan IP mereka, Sony menuntut perintah mahkamah untuk menghalang pelancaran Light of Motiram.

Selain itu, Sony turut menuntut ganti rugi statutori sehingga $150,000 bagi setiap pelanggaran karya dalam francais Horizon, ganti rugi sebenar yang jumlahnya akan ditentukan kelak, serta pemusnahan kesemua bahan promosi dan aset yang melanggar hak cipta. Sony juga memohon agar kes ini dibicarakan oleh juri.

Sehingga kini, pihak Tencent masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab tuduhan saman tersebut.

Tags: HorizonLight of MotiramSonytencent
ShareTweetSend
Previous Post

Impulse Gaming Umum Pembukaan Cawangan Baharu di IOI Mall Puchong!

Next Post

Sony Umum FlexStrike, Fight Stick Wayarles Pertama Mereka Untuk PS5 & PC, Bakal Tiba 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Sony Umum FlexStrike, Fight Stick Wayarles Pertama Mereka Untuk PS5 & PC, Bakal Tiba 2026!

Sony Umum FlexStrike, Fight Stick Wayarles Pertama Mereka Untuk PS5 & PC, Bakal Tiba 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd