Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Umum FlexStrike, Fight Stick Wayarles Pertama Mereka Untuk PS5 & PC, Bakal Tiba 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, PC, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony Umum FlexStrike, Fight Stick Wayarles Pertama Mereka Untuk PS5 & PC, Bakal Tiba 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment secara rasminya telah mendedahkan nama untuk fight stick wayarles terbaharunya, iaitu FlexStrike. Nama ini menggantikan kod pembangunan asalnya, “Project Defiant“.

Menurut Sony, FlexStrike merupakan fight stick pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh mereka dan dijadualkan untuk pelancaran pada 2026, dengan sokongan untuk konsol PlayStation 5 dan juga PC.

Dibangunkan khusus untuk arena kompetitif, FlexStrike dilengkapi butang suis mekanikal serta restrictor gate yang boleh ditukar ganti tanpa sebarang alatan. Para pemain boleh menukar antara gate berbentuk segi empat sama, bulatan, atau oktagon bagi menyesuaikannya dengan gaya permainan masing-masing.

Semua komponen ini boleh disimpan dengan kemas di dalam ruang storan terbina pada fight stick itu sendiri.

Aspek sambungan menjadi keutamaan FlexStrike. Ia menyokong sambungan berwayar USB-C dan juga sambungan wayarles melalui PlayStation Link, iaitu teknologi latency ultra-rendah eksklusif milik Sony.

Bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana, FlexStrike turut didatangkan dengan beg sandang khas dan bateri boleh cas semula terbina dalam, menjadikannya ideal untuk dibawa ke kejohanan atau sesi gaming di rumah rakan.

Sony turut menekankan beberapa ciri utama yang mengintegrasikan FlexStrike dengan ekosistem PlayStation secara menyeluruh:

  • Audio Serentak PlayStation Link: Apabila digunakan dengan PS5, hanya satu adapter USB PlayStation Link diperlukan untuk menyambungkan fight stick FlexStrike bersama headset wayarles Pulse Elite atau earbuds wayarles Pulse Explore. Ini membolehkan audio game dan sembang suara dinikmati serentak dengan latency ultra-rendah. Fight stick ini akan didatangkan bersama adapter PlayStation Link versi baharu yang menyokong port USB-C.
  • Sambungan Dua Fight Stick Serentak: Adapter USB PlayStation Link yang sama juga boleh menyambungkan dua unit FlexStrike pada satu konsol PS5. Ciri ini amat sesuai untuk perlawanan kompetitif setempat bersama rakan.
  • Reka Bentuk Ergonomik dan Tahan Lasak: Alat kawalan ini direka dengan bentuk ergonomik yang unik, menampilkan permukaan bersudut untuk keselesaan dan tapak anti-gelincir bagi memastikan kestabilan semasa pertarungan sengit. Ia juga dilengkapi dengan digital stick berkualiti tinggi yang direka khas.
  • Integrasi DualSense dan Penyesuaian: Pemain boleh membiarkan DualSense mereka kekal bersambung dengan PS5 untuk digunakan sebagai pengawal tambahan, contohnya untuk navigasi menu. FlexStrike turut menyertakan fungsi yang ada pada DualSense, termasuk touchpad, serta menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian. Terdapat suis khas untuk menukar input arah, di samping butang kunci untuk mengunci tetapan butang bagi mengelak ia tertekan secara tidak sengaja ketika bermain.

Setelah sync, FlexStrike juga boleh ‘membangunkan’ konsol PlayStation 5 daripada rest mode dengan hanya menekan butang PlayStation.

Untuk maklumat lebih terperinci, sila lawati laman web rasmi PlayStation.

Tags: Fight StickFlexStrike
ShareTweetSend
Previous Post

Sony Saman Tencent, Dakwa ‘Light of Motiram’ Hanyalah Ciplak Murahan Kepada Game ‘Horizon’

Next Post

Fan Screening ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ Bermula 13 Ogos – Tiket Kini Dibuka Dengan Cenderahati Eksklusif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Fan Screening ‘Demon Slayer: Infinity Castle’ Bermula 13 Ogos – Tiket Kini Dibuka Dengan Cenderahati Eksklusif!

Fan Screening 'Demon Slayer: Infinity Castle' Bermula 13 Ogos – Tiket Kini Dibuka Dengan Cenderahati Eksklusif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd