HoYoverse telah mengesahkan bahawa update Genshin Impact Version 5.8 yang bertajuk “Sunspray Summer Resort” bakal tiba pada 30 Julai.
Update ini memperkenalkan peta kekal baharu, Easybreeze Holiday Resort, watak baharu bernama Ineffa, pelbagai acara istimewa, serta penambahbaikan dari segi pengalaman pengguna.
Easybreeze Holiday Resort yang terletak di pesisir barat Natlan kini dibuka dalam fasa percubaan, menampilkan taman permainan penuh warna untuk diterokai. Watak-watak popular seperti Bennett, Chasca, Mualani, dan Venti (yang datang melawat sahabat lama) akan kembali dalam Story Quest baharu berjudul “Sunspray Summer Resort.”
Maskot resort ini, Asha, merupakan makhluk ceria yang memberi kebolehan seakan-akan Saurian kepada pemain, membolehkan pemain meluncur di atas air dan melayang di udara. Kebolehannya menyembur cat juga akan digunakan untuk menyelesaikan teka-teki dan membongkar rahsia tersembunyi di kawasan kepulauan ini.

Namun, di sebalik suasana ceria resort tersebut, tersembunyi bahaya di Mare Jivari, di mana raksasa kuno bernama Bakunawa menanti para pemain yang berani.
Versi ini juga memperkenalkan permulaan jalan cerita baharu bertajuk “Song of the Welkin Moon,” dimulakan dengan prelude chapter “The Journey Home” yang memfokuskan kepada Ineffa, robot rumah tangga ciptaan Aino, seorang mekanik handal dari Nod-Krai.
Pemain akan menyertai Ineffa dalam meneroka misteri yang berkaitan dengan tamadun naga purba Natlan.
Kenali Ineffa

Ineffa merupakan watak 5-star yang menggunakan senjata Polearm dan berelemen Electro. Dia memperkenalkan reaksi baharu dalam sistem combat dipanggil Lunar-Charged, yang menggantikan Electro-Charged apabila dia berada dalam pasukan.
Reaksi ini menghasilkan Thundercloud yang memberikan damage Electro secara berterusan kepada musuh yang terkena gabungan Electro dan Hydro, dengan kemungkinan menghasilkan serangan kritikal.
Modul combat Ineffa juga merangkumi perisai dan unit bantuan pintar pelbagai fungsi bernama “Birgitta,” yang menyerang musuh dengan damage (AoE) dan memberikan serangan tambahan jika terdapat Thundercloud berdekatan.
Banner Versi 5.8 akan menampilkan kemunculan sulung Ineffa bersama Citlali dalam fasa pertama, manakala Mualani dan Chasca akan kembali dalam separuh kedua kemas kini.

Sementara itu, Yelan turut tampil dengan pakaian baharu bertemakan gaya Fontaine yang dinamakan “Tranquil Banquet,” lengkap dengan peranti khas untuk mengesan petunjuk tersembunyi dalam satu kes misteri di Fontaine
Pakaian ini boleh diperoleh pada harga promosi untuk tempoh masa terhad.
Acara Istimewa & Ganjaran Eksklusif

Easybreeze Holiday Resort akan menjadi lokasi pelbagai mini game bermusim dengan pelbagai ganjaran menarik.
Pemain boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti membimbing Kau Kau dan Akamai dalam “Travels Are Fuller With Friends,” membidik musuh dalam “Strikers Through the Storm,” menyertai pesta muzik, atau menyembur cat sebagai Asha untuk mengumpul Sunspray Spirit.
Sunspray Spirit yang terkumpul boleh ditukar dengan ganjaran seperti Claymore 4-star eksklusif acara, “Flame-Forged Insight,” serta pakaian baharu Bennett, “Adventures in Blazing Hue.”

Penambahbaikan Mesra Pemain

Genshin Impact Version 5.8 turut membawa beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan kemudahan bermain. Tutorial video pendek yang ditayangkan secara awan (cloud-streamed) kini tersedia di skrin Talent dan Trial untuk membantu pemain memahami watak baharu seperti Ineffa.
Pengurusan masa untuk misi juga dipermudah—dengan hanya menekan butang “Navigate,” masa dalam game akan diselaraskan secara automatik.
Selain itu, sistem penjejakan bahan juga telah ditambah baik, membolehkan pemain mengenal pasti watak yang boleh mengesan bahan eksklusif tempatan mengikut wilayah.
Genshin Impact boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, PC (melalui client rasmi dan Epic Games Store), iOS (App Store), serta Android (Google Play). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Genshin Impact.









Discussion about this post