Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LIMA Sebab untuk Main Digimon ReArise ~ Gacha RPG terbaru Digimon untuk Mobile!

Lagi best dari Digimon Link!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2019
in Android, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
LIMA Sebab untuk Main Digimon ReArise ~ Gacha RPG terbaru Digimon untuk Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Digimon pasti tidak sabar menunggu Digimon ReArise kan? Untuk mereka yang tidak tahu, Digimon ReArise bukan permainan mudah alih yang sama seperti Digimon Links. Ia adalah RPG baru dari Bandai Namco di mana Digimon baru bernama Herissmon harus menghadapi ancaman baru yang hanya diketahui sebagai Spiral!

Sistem pertempuran Digimon ReArise berdasarkan pada real-time combat, dengan pertempuran sehingga 5v5. Kamu boleh bekerjasama dengan Tamers lain dan berehat atau bermain di DigiTown istimewa, di mana kamu boleh membantu Digimon berlatih dan evolve. Buat masa ini, Digimon ReArise masih belum keluar di Malaysia, tapi kamu boleh pra-daftar sekarang di App Store atau Play Store. Berikut adalah LIMA sebab mengapa kamu harus cuba!

Sistem Gacha yang tidak menelan DUIT dan lebih Peramah

Berbanding dengan Digimon Links, sistem gacha di Digimon ReArise lebih mesra. Pertama, terdapat step-up gacha yang menjanjikan Digimon Super Rare pada gacha kelima. Kemudian, semua Digimon boleh digivolve kepada bentuk Mega. Dalam bentuk Mega mereka, kebanyakan Digimon mempunyai statistik yang boleh bersaing dalam akhir jalan cerita permainan.

Animasi GEMPAK yang Memukau Mata!

https://www.youtube.com/watch?v=BqFVoxw-sUA&feature=youtu.be

Salah satu kelebihan Digimon ReArise adalah animasi yang mengagumkan. Walaupun kami tidak dapat mencuba Digimon Links secara rasmi, mujur Bandai Namco menghasilkan Digimon ReArise untuk kami di Asia Tenggara. Sekiranya anda melihat dengan teliti, daripada opening cinematic-nya hingga ke Digimon menggunakan Special Skill, animasinya sangat teliti dan kadang-kala kamu lupa permainan video ini untuk peranti mudah alih. Saya rasa lebih baik kamu lihat dengan mata sendiri apabila ia keluar nanti.

Feature DigiWalk yang menyerupai Pokemon GO!

Permainan ini mempunyai feature menarik yang serupa dengan Pokemon GO. Jika dalam Pokemon GO, pemain boleh menetas telur Pokemon dengan berjalan jarak tertentu, maka di Digimon ReArise, pemain dapat mendapatkan item dan bertemu Digimon baru melalui feature DigiWalk. DigiWalk akan mengira langkah pemain ketika mereka berjalan sambil bermain di telefon mereka. Rakan Digimon anda akan berubah menjadi mod pixel dan mengiringi pemain seperti watak dalam permainan. Ikatan antara pemain dan rakan Digimon pun akan makin akrab apabila dijadikan teman dalam DigiWalk.

Jalan Cerita Asli yang Saing-Saing ANIME!

Digimon ReArise dilengkapi dengan watak baru dan rakan Digimon mereka. Semuanya ORIGINAL! Boleh dikatakan jalan cerita dalam permainan video ini amat mirip dengan anime. Ia tidak seperti Digimon Links yang tidak mempunyai jalan cerita. Jadi ada kemungkinan untuk adaptasi anime bagi permainan video ini.

Dihasilkan sendiri oleh Bandai Namco!

https://www.youtube.com/watch?v=WD5ttx_QEJc&feature=youtu.be

Ini paling penting. Sebab terakhir anda perlu main permainan video ini adalah kerana Digimon ReArise adalah permainan rasmi yang diterbitkan oleh Bandai Namco. Siapa yang tidak kenal Bandai Namco, salah satu syarikat gergasi di dunia yang bertanggungjawab mengeluarkan pelbagai permainan video kegemaran kami. Naruto, One Piece, Dragon Ball, Gundam ~ semua di bawah naungannya.

Tags: Bandai Namcodigimondigimon reariseDigiTownDigiWalkGacha RPGHerissmonTamers
Previous Post

Acer Predator Helios 300 Review – Gaming Laptop 144Hz tetapi Mampu Milik!

Next Post

KANTOI! Tarikh pelancaran Diablo Immortal akhirnya didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
KANTOI! Tarikh pelancaran Diablo Immortal akhirnya didedahkan!

KANTOI! Tarikh pelancaran Diablo Immortal akhirnya didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd