Kurang dua minggu dengan kehadiran permainan menembak siri Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint akan hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 4 Oktober 2019. Ubisoft sekali lagi membuat pengumuman mengejut apabila mengeluarkan sebuah video treler ‘live-action‘ terbaru semalam dilakongkan oleh pemenang Anugerah Grammy – Lil’ Wayne! Bukan itu sahaja, seperti yang anda tahu minggu lalu ujian beta tertutup telah dibuka untuk pemain yang bertuah untuk mencubanya, sekali lagi pihak Ubisoft membuka ujian BETA Terbuka dimana semua orang boleh bermain dan uji permainan Ghost Recon Breakpoint ini bermula 26-29 September 2019 untuk kesemua platform.
Bagi pengguna Xbox One dan Uplay, anda boleh memuat turun beta terbuka ini bermula 24 September 2019/ 7pm JST (8pm waktu Malaysia), manakala pengguna Epic Store pada 12am JST (1am Malaysia) dan PlayStation 4 pada 25 September /12pm JST (waktu Malaysia 1pm).
Beberapa perbezaan yang akan terdapat dalam beta terbuka ini, anda boleh lihat dibawah;
Kandungan Permainan
Dalam beta terbuka ini anda mempunyai akses untuk ke beberapa wilayah, misi dan mod untuk ujian dalam 4 pemain co-op atau solo! Pada yang dah mencuba beta tertutup sebelum ini, anda akan perasan beberapa kandungan tambahan baru di Beta Terbuka ini.
Mod Baru – PVP !
Untuk pertama kali, pemain Beta dapat mencuba sendiri mod PvP Ghost Recon Breakpoint – Ghost War! Bertempur menentang Ghost didalam mod kompetitif untuk uji skil anda!
- 4 Map: Skell Port, PMC Camp, Cold War Bunker dan Desertes Harbor.
- 1 Mod: Elimination
Kawasan
Anda akan mendapat akses untuk keenam kawasan ini:
- New Argyll
- Infinity
- Sinking Country
- Fen Bog
- Smuggler Coves
- Mount Hodgson
Misi
- Operation Greenstone: 5 misi dari jalan cerita asal:
- Eagles Down
- No Way Out
- Back to Basics (baru!)
- Skell on the Move (baru!)
- The Enemy of My Enemy (baru!)
- Auroa Missions: Misi sampingan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pulau dan penduduknya:
- One Man’s Hell
- Ghost of the Past
- A Soul in Rest
- Faction Missions: 12 ‘Faction Mission’ baru setiap hari! Untuk setiap kawasan yang ada, 2 misi Faksi akan dimainkan setiap hari di setiap rantau.
Kawasan Drone
Ingin menguji skil anda? Terdapat 3 jenis Kawasan Drone di seluruh kawasan yang ada dan uji kemahiran anda terhadap beberapa lawan yang paling sukar.
- Murmurs: Drone terbang yang kecil yang akan menyerbu bila-bila masa;
- Aamons: Drone tanah bersaiz sederhana yang memberi pukulan dengan ketangkasan untuk dipadankan.
- Behemoths: Drone besar dengan senjata api besar dan perisai berat.
Kemajuan
Kemajuan anda tidak akan dipindahkan dari Beta Terbuka ke versi pelancaran permainan.
Perbezaan Beta Tertutup dan Terbuka
Beerberapa penggerakan turut di naiktarafkan daripada ujian beta tertutup yang lalu, antaranya grafik,UI, pengerakkan pertukaran senjata, berlari, meniarap dan bangun semula, kamera, kenderaan dan banyak lagi. Anda boleh lihat perubahanya (disini).
Menarik kan? Jadi kunci tarikh anda 26-29 September untuk ujian beta terbuka ini! Jangan ketinggalan segala kemaskini Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint di laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post