Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Umum Chroma Collection Untuk PS5 & DualSense – Fortnite Limited Edition!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony Umum Chroma Collection Untuk PS5 & DualSense – Fortnite Limited Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan semasa acara State of Play semalam, Sony Interactive Entertainment telah memperkenalkan Chroma Collection yang membawa estetika baharu kepada barisan aksesori PS5, dan juga DualSense wireless controller – Fortnite Limited Edition. Turut tersedia di Malaysia, berikut adalah info lanjut:

Koleksi Chroma merangkumi DualSense wireless controller dan penutup konsol PS5 untuk PlayStation 5 (kumpulan model – slim) dengan tiga warna baharu yang berkilauan, berubah warna, dan memancarkan sinar dari pelbagai sudut:

  •  Chroma Pearl
  • Chroma Indigo
  • Chroma Teal
Kredit: Sony Interactive Entertainment

Wireless controller Chroma DualSense akan dijual pada harga sebanyak MYR 399. Penutup konsol Chroma untuk PlayStation 5 (kumpulan model – slim) pula akan dijual pada harga sebanyak MYR 309.

Aksesori Chroma Pearl dan Chroma Indigo akan dilancarkan pada 7 November 2024, diikuti dengan pelancaran aksesori Chroma Teal pada 23 Januari 2025.

Pada masa yang sama, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan wireless controller DualSense Fortnite edisi terhad baharu yang menampilkan watak-watak kegemaran daripada alam semesta Fortnite: Fishstick dan Peely. Sertailah pertarungan, menentang ribut sambil membina, bertempur, dan mencipta dengan DualSense wireless controller – Fortnite Limited Edition.

Kredit: Sony Interactive Entertainment

DualSense wireless controller – Fortnite Limited Edition akan tersedia dalam kuantiti terhad pada harga MYR 419 dan boleh dipra-tempah mulai 3 Oktober 2024, serta akan dilancarkan di Malaysia pada 15 November 2024.

Tags: aksesoriDualSenseps5
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] Interviu FANTASIAN Neo Dimension: Karya Terbaru Oleh Tokoh Hironobu Sakaguchi & Naoki Yoshida

Next Post

Gameplay Baru ‘Neverness to Everness’ Pamer ‘Kehidupan Harian Di Hethereau!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Gameplay Baru ‘Neverness to Everness’ Pamer ‘Kehidupan Harian Di Hethereau!’

Gameplay Baru 'Neverness to Everness' Pamer 'Kehidupan Harian Di Hethereau!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd