Perfect World Games baru-baru ini melancarkan trailer gameplay baru untuk game gacha open-world, Neverness to Everness, yang memperkenalkan kehidupan harian di Hethereau.
Berikut adalah gameplay terkini Neverness to Everness:
Dibangunkan oleh Hotta Studio, Neverness to Everness (NTE) adalah game gacha RPG open-world bertema supernatural yang boleh dimainkan secara percuma. Permainan ini berlangsung di dalam dunia unik di mana “yang biasa dan luar biasa wujud bersama”—sebuah bandar yang dipenuhi dengan anomali serta manusia.
Kisahnya bermula di bandar Hethereau, di mana anda akan bermain sebagai Anomaly Hunter “tidak berlesen” pertama. Anda akan menyertai kedai antik Eibon, yang bergantung kepada komisen Anomaly dari orang ramai untuk meneruskan perniagaan. Sebagai pemain, anda akan membuat kemunculan besar di bandar ini dengan menggunakan abiliti Esper luar biasa anda untuk menavigasi dan mengatasi Anomaly tak terduga yang menanti.
Lambat laun, pemain boleh bertemu rakan-rakan dengan pelbagai abiliti Esper dan menggunakan watak-watak tersebut untuk menyelesaikan krisis yang akan datang, sambil perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan kehidupan harian di bandar baru ini.
Selain daripada jalan cerita utama, kehidupan bandar juga menawarkan banyak perkara menarik untuk diterokai pemain seperti; membeli kereta sukan, memodifikasi kereta mengikut kehendak, dan berlumba di malam Hethereau; membeli rumah dan mereka bentuknya dengan bebas; menguruskan perniagaan, dan lain-lain. Pemain akan dapat menikmati kehidupan bandar dalam cara yang mereka sukai.
Neverness to Everness akan tersedia untuk PlayStation 5, PC, iOS, dan Android. Namun, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Jika berminat, anda boleh pradaftar sekarang melalui laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post