Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii – Goro Majima Jadi Watak Utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii – Goro Majima Jadi Watak Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Game baharu daripada siri Like A Dragon, bertajuk Like A Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii, baru sahaja diumumkan dan dijangka bakal menjadi salah satu judul yang paling unik dalam francais ini!

Diumumkan semasa RGG Summit 2024, game ini ini menampilkan Goro Majima sebagai watak utama tunggal buat kali pertama dalam sejarah siri ini. Berlatarbelakangkan Hawaii, game ini menggabungkan elemen lanun dengan aksi gaya Yakuza yang terkenal.

Dari segi mekanik gameplay, pemain akan boleh bertukar di antara dua gaya pertarungan: Mad Dog yang mirip dengan gaya pertarungan Yakuza klasik, dan Sea Dog, di mana pemain boleh menggunakan pedang ganda serta senjata-senjata khas lain seperti pistol dan cangkuk rantai.

Kredit: RGG Studio

Selain itu, untuk pertama kalinya dalam siri ini, pemain juga akan boleh melompat semasa pertarungan, memberikan dinamik lebih kepada aksi permainan.

Bukan sekadar pertempuran, game ini juga menyertakan mini-game seperti Crazy Delivery, Dragon Kart, serta karaoke, yang mengekalkan humor dan kegilaan yang sering dikaitkan dengan siri Yakuza.

Kredit: RGG Studio

Tambahan pula, terdapat juga kandungan live-action yang diberi nama Masura’s Love Journey, yang akan menambah elemen penceritaan baharu kepada game ini.

Dengan latar tropika dan pertarungan penuh aksi, Like A Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii menjanjikan pengalaman gameplay yang segar dan menghiburkan untuk peminat lama serta pemain baharu.

Game ini akan dilancarkan pada 28 Februari 2024 untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows dan Steam.

Tags: Like A Dragon: Pirate Yakuza In Hawaii
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Trading Card Game Pocket – Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Game Ini!

Next Post

Jom Sertai Pokémon Run Malaysia! Pelbagai Aktiviti Menanti Di Pavilion Bukit Jalil!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Jom Sertai Pokémon Run Malaysia! Pelbagai Aktiviti Menanti Di Pavilion Bukit Jalil!

Jom Sertai Pokémon Run Malaysia! Pelbagai Aktiviti Menanti Di Pavilion Bukit Jalil!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd