Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metaphor: Refantazio – Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jalan Cerita?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Metaphor: Refantazio – Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jalan Cerita?
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diberi tajuk PROJECT: Re FANTASY, Metaphor: ReFantazio merupakan game terbaru dari Studio Zero milik ATLUS dan dicipta oleh minda kreatif di sebalik Persona 3, Persona 4 dan Persona 5! Bakal dilancarkan pada 11 Oktober 2024, hari ini SEGA telah mendedahkan maklumat baharu tentang latar belakarang dan jalan cerita Metaphor: ReFantazio.

Agar pemain siap sedia, berikut adalah ringkasan plot Metaphor: ReFantazio!

Premis

Di satu sudut dunia ini, wujudnya Kingdom of Euchronia.

Kerajaan ini adalah pakatan antara negara-negara yang bermula dengan raja pertama yang menyatukan semua, lalu diperintah selama berabad-abad oleh keturunan raja yang hebat dalam ahli sihir. Namun, Euchronia mula mundur selama bertahun-tahun, kini menjadi tanah tanpa keadilan, penuh prejudis dan tanpa harapan.

Selain haiwan ganas yang berkeliaran di wilayah sekeliling, tanah ini dipenuhi makhluk misteri dikenali sebagai “human”, yang bermakna tidak ada ruang selamat di luar bandar.

Prolog

Kredit: ATLUS

Elda adalah suku minoriti yang dipulaukan di Kingdom of Euchronia. Protagonis, seorang Elda muda, mengembara bersama pasangan pari-parinya, Gallica, untuk mengangkat sumpahan yang dikenakan ke atas putera kerajaan. Hanya ada satu cara untuk membuang sumpahan maut yang memakan putera raja itu: iaitu membunuh siapa yang menghantar sumpahan itu.

Ketika lelaki muda itu mengembara benua yang luas, dia akan mempunyai banyak pertemuan, membentuk ikatan, dan akhirnya mempelajari rahsia sebenar. Tirai dibuka selepas kejadian mengerikan yang menggegarkan seluruh kerajaan…

Pengenalan

Kredit: ATLUS

Raja Kingdom of Euchronia telah dibunuh, meninggalkan kerajaan dalam keadaan huru-hara tanpa pemerintah atau pewaris takhta.

Siapakah yang akan menjadi raja seterusnya? Sanctifex yang berkhidmat sebagai ketua agama negara, raja atau permaisuri daripada negara berhampiran, atau mungkin ketua tentera? Ketika pengebumian diraja dijalankan, satu sihir diaktifkan di tapak pengebumian.

“Masa adalah terhad sebelum roh saya meninggalkan dunia yang gelap ini… Datang Oktober, akan ada perhitungan. Hari kepada Hero. Pada hari itu, sesiapa yang benar-benar memperoleh kepercayaan terbesar daripada rakyat… akan naik takhta dan dimahkotakan dengan hak raja.”

Kredit: ATLUS

Terdengar di langit adalah suara raja yang diisytiharkan mati. Dia melaksanakan sihir hebat yang memilih raja seterusnya berdasarkan siapa yang mendapat sokongan paling banyak pada tarikh yang ditetapkan. Dengan takhta terbuka kepada semua orang, perebutan kini bermula.

Walau bagaimanapun, protagonis kami memutuskan bahawa dia mesti terlibat dalam perebutan ini untuk mencapai misinya.

Maka bermulalah perlumbaan epik untuk takhta, yang akan dijalankan di seluruh kerajaan. Sepanjang perjalanan, protagonis akan menemui pelbagai sekutu untuk menyertainya. Apa yang menanti mereka adalah perjalanan hebat yang bakal mengubah dunia mereka.

Kredit: ATLUS

Bagi mereka yang berminat, Metaphor: Refantazio akan dilancarkan pada 11 Oktober 2024 untuk Xbox Series X|S, Windows, PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam. Pre-order turut tersedia sekarang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metaphor: ReFantazio
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Concord – Tiada Impak Langsung, Mudah Dilupakan

Next Post

Concord Dihentikan Oleh PlayStation, Hanya Mampu Tahan 2 Minggu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Concord Dihentikan Oleh PlayStation, Hanya Mampu Tahan 2 Minggu

Concord Dihentikan Oleh PlayStation, Hanya Mampu Tahan 2 Minggu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd