Nioh pertama berjaya menarik perhatian para pemain dengan latar belakang samurai yang gempak dan kesukaran yang sama susah seperti siri Dark Souls. Sudah tentu, Nioh 2 tidak mengubah formula. Semasa di Tokyo Game Show 2019, saya hands-on cuba game ini dan menghadiri persidangan bersama producer Fumihiko Yasuda untuk mengetahui lebih lanjut.
Producer Fumihiko Yasuda mengesahkan bahawa Nioh 2 adalah prequel yang berlaku sebelum judul origInal pertama. Berlangsung pada akhir 1500-an, kamu bermain sebagai watak yang boleh di-customize sendiri dan merupakan separuh yokai. Jalan cerita besar ini ialah Toyotomi Hideyoshi, salah seorang panglima perang terhebat Jepun, sebenarnya ialah dua orang – yang merangkumi kamu dan Toukichiro, dan kamu dua bergabung akan menjadi Hideyoshi, “jelas Yasuda. Toukichiro merupakan salah satu watak utama dalam permainan video ini, dan Yasuda berkata beliau diilhamkan oleh seorang tokoh sejarah, menyambung sejarah Hideyoshi yang pada satu masa dahulu memakai nama yang sama.
Kamu juga lebih daripada sekadar samurai yang ingin membasmi Yokai dari muka bumi kali ini; kamu ialah seorang raksasa yang ditelan oleh kegelapan. Ini bermakna kamu boleh berubah ke bentuk yokai dan mempunyai serangan khas. Mana-mana yokai yang kamu kalahkan akan menjatuhkan Soul Core, ini memberikan kamu keupayaan untuk menggunakan salah satu jurus terkuat mereka. Yasuda berkata bahawa matlamat untuk permainan video pertama adalah untuk membuat permainan pertarungan Sengoku, tetapi kali ini pasukan ingin membuat permainan pertarungan Sengoku dan Yokai.
Sesuatu yang baru untuk Nioh 2 juga adalah Dark Realm, yang mana Yokai menetap. Pada waktu tertentu, Yokai akan menarik kamu ke kerana Dark Realm akan meningkatkan kuasa mereka. Beberapa musuh yang lebih sukar akan muncul tetapi menewaskan mereka akan memberi ganjaran dengan item yang lebih berkualiti kepada kamu.
Walaupun tiada mode yang mudah, terdapat beberapa cara untuk mendapatkan bantuan. Sama seperti yang pertama, Nioh 2 mempunyai co-op, tetapi kali ini ia multiplayer diperluaskan sehingga tiga pemain. Kamu juga boleh menggunakan “Graves Benevolent.” Setelah diaktifkan, ini membolehkan A.I. versi pemain sebenar untuk muncul dalam permainan dan membantu kamu. Sekiranya kamu sudah selesai, kamu juga boleh mempunyai A.I. versi watak diri sendiri untuk membantu pemain lain.
Nioh 2 tidak mencipta semula formula, tetapi menambah beberapa ciri Yokai baru untuk digunakan pada musuh. Lagi menarik kan Nioh kali ini? Lagi puas hati apabila bermain nanti. Nioh 2 akan dilancarkan pada awal 2020 untuk PlayStation 4. Maklumat lanjut akan kami lapor.
@gamersantaimy
Discussion about this post